Sunday 5 June 2011

Subhaanallahi wabihamdihi, subhaanallahil ‘azhiim
(maha suci Allah dengan memuji-Nya, dan maha suci Allah yang maha agung)

Dua kalimat (zikir) yang ringan diucapkan di lidah, (tapi) berat (besar pahalanya) pada timbangan amal (kebaikan) dan sangat dicintai oleh ar-Rahman (Allah Ta’ala Yang Maha Luas Rahmat-Nya) - Riwayat Muslim

a reminder to myself.

Saturday 21 May 2011

so mean of me

after watching news about kejadian tanah runtuh at anak yatim's house, i feel really bad at myself. i have an adik angkat at rumah anak yatim but i completely lost contact with her. even her name i can't remember. oh teruknya aku ni. the only memory that i got is a picture of us together. serius aku ni teruk. if not about that news, i would not even remember that i used to be friend with her.

i still remember that i used to phone her once a month and at malam raya. she sound so happy and talks non-stop. i think it was me who would always want to end up the conversation. oh teruknya aku ni. she is so happy when i call her that she would always ask when i would call her again. i should call her more often. i am such a bad kakak angkat.

she has gone through so much but yet i couldn't spend much time for her. and the worst part, after i've finished my college, i didn't phone her anymore. all the hustle of getting to overseas has completely made me so self centered, forgetting about her. and now, i don't know how to contact her. loosing parents was bad enough, and now you loose your 'kakak' pulak. well, i don't even deserve that 'panggilan'.

i'm sorry. i am surely had dissapointed you.

Tuesday 17 May 2011

tak nak ke body cun, tak kena penyakit?

cuba korang tengok depan cermin panjang yang boleh nampak satu badan korang. cuba selak sikit baju tengok perut korang. cuba tengok peha korang pulak. ini bukan entri porno. ini adalah entri kesihatan.

ada tak lemak2 yang tersembul keluar? kalau perut tu boleh tak agaknya digenggam dan ditarik? kalau boleh, ye anda perlu melakukan perubahan!

ini bukan nak suruh cantik je tau. memang lah cantik kalau perut slim melim tapi lemat perut ni sememangnya tak baik untuk kesihatan. bahagian lemak paling tak baik lah. lemak perut berkait langsung dengan penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser.

oh begitu juga dengan lemak2 di bahagian badan lain ye. bukan bermakna bahagian lain ok kalau ada lemak. semua pun boleh membawa penyakit.

jadi, cuba lorang lihat balik apa yang korang makan sehari harian. cuba amalkan cara pemakan yang lebih sihat. kurangkan lemak2 jahat.

dan exercise lah sikit. buat cardio excercise macam jogging or skipping. aerobic ke. bukak je youtube belambak free aerobic moves.

kenapa aku tiba2 jadi penyihat ni? hehe entahlah baru sedar. lagi2 hidup kat uk ni. makan fast food je keje.

jadi marilah rakan2 kita semua berubah menuju kehidupan yang lebih sihat!

Tuesday 19 April 2011

misteri wohohoooooo

benda2 misteri ni memang kita suka kan? macam rasa teruja nak tau apa yang sebenarnya. oh tidak2 misteri di sini bukan bermaksud misteri nusantara atau entiti2 tidak diketahui itu.

apa yang aku maksudkan ialah orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan. macam bila kita baca buku misteri 5 sekawan dulu2 karya Enid Blyton tu. mesti nak baca jugak sampai habis sebab nak tau siapa sebenarnya dalang di sebalik benda2 misteri tu.

bila dah besar pun sama. kalau tengok cerita, mesti akan tengok sampai habis sebab nak tahu ending dia. walaupun cerita tu tak misteri pun, tapi untuk tidak tahu endingnya tu, misteri lah kan. lainlah cerita karya skop production. huahua. yang tu dah boleh agak dah ending dia.

macam aku ada follow satu blog yang aku suka baca ni, tapi aku tak tahu sapa pengeblog dia. yang lagi aku geram ialah aku tau dia adalah super senior kolej aku dan pernah belajar di salah satu universiti terkemuka dekat london. jadi elemen misteri ni membuatkan aku lagi nak baca blog dia. dan elemrn misteri nilah jugak yang boleh membuatkan aku berangan apa rupa dia dan karekter dia mengikut yang aku suka. macam kita baca buku berbanding dengan tengok filem yang telah diadaptasi dari buku tersebut. baca buku boleh berangan apa je yang aku nak mengikut taste aku. filem tak boleh.

oh tapi akhirnya aku tahu jugak sapa pengeblog misteri tersebut. bukannya aku stalk dia eh. tapi kawan aku yang semangat stalk. hehe. terima kasihlah mior kau dah buat aku kurang sedikit bersemangat membaca blog dia. ok tipu aje aku masih bersemangat.

ha samalah macam kalau kita stalk orang kat facebook. heheh. bukannya kita busy body sangat nak tau kehidupan orang tapi sebab elemen misteri ni lah..ye.!. aku salahkan elemen misteri ini!

oh dan jugak anonymous2 yang pernah komen kat blog aku yang sememangnya tidak hot dan diketahui orang ini. lagilah misteri. tipulah kalau aku cakap aku tak ada rasa ingin tahu siapa yang komen kan?

tapi bagus sebenarnya misteri ni. kalau tak ada rasa misteri, takkan punya isaac newton tu tau pasal graviti bila epal tu jatuh dari pokok. takdenya galileo galilei mencipta teleskop sehebat 30x magnifikasi. takde punya michelle melodi bersemangat menerjah artis2 kontroversi tanah air. eh?

em tapi yang paling misteri, adalah kehidupan selepas ini, kehidupan di alam barzakh dan selepas kita dibangkitkan nanti. yang tu memang misteri habis, jadi kita kenalah menjadikan rasa misteri ini penguat usaha kita supaya amal maaruf nahi mungkar supaya kita mendapat yang terbaik nanti. peringatan untuk aku juga.

jadi, manfaatkanlah rasa misteri ini kepada yang paling terbaik. bukannya bergosip menanyakan hal2 tak berfaedah tapi gerakkan akal untuk mencipta, mengungkap rahsia alam dan meningkatkan amal.

Thursday 7 April 2011

Ya Allah ya tuhanku, berikanlah rasa cinta terhadap-Mu,
berikanlah rasa cinta terhadap orang yang mencintai-Mu,
dan berikanlah rasa cinta terhadap perkara yang mendekatkan diriku kepada-Mu

Tuesday 5 April 2011

bosan

slow dance on prom night

should dim the light.

keliru owh keliru owh tolong

aku ada satu persoalan yang sudah lama benor aku terpikir dan aku pendam dalam benak pemikiran aku ni sejak aku muda remaja lagi.

jikalau seekor nyamuk terbang di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak, adakah nyamuk itu juga terbang sama laju dengan kereta atau dia terbang lek2 je macam biasa. sebab dia bukannya duduk atas seat kereta macam kita. dia di awang-awangan terbang dengan riangnya. boleh juga ye jika anda gantikan dengan apa2 objek terbang yang anda ingini ye mana tau anda tak gemor dengan nyamuk.

jadi aku merasa confuse di sini. kalau betul nyamuk tu terbang selaju kereta, kalau ada member nyamuk tu terbang dekat luar kereta, mesti lah nyamuk kat luar tu pun boleh terbang selaju nyamuk yang dalam kereta. tapi ikut logiknya, mana ada nyamuk terbang laju macam tu ye dak? nak terbang straight pun tak boleh. peh. so maknanya di sini, nyamuk dalam kereta tu mestilah terbang lek2 je mcm biasa.

kalau tak boleh macam tu, mesti nyamuk yang terbang macam biasa dah lama dah terpenyek dekat cermin belakang kereta tu kan? kan kan? paham tak??

jadi macam mana boleh jadi macam tu ye? aku ada belajar theory of relativity yang ada sebenarnya kaitan sikit2 tapi aku tak dapat nak kaitkan betul2.

macam orang yang luar train akan nampak aku yang berjalan dalam train sangat laju tapi orang yang dalam train nampak aku jalan biasa je. atau orang yang baling bola dalam train akan nampak bola tu jatuh straight walhal yang di luar nampak bola tu jatuh berbentuk parabola.

aku confuse owh.


Friday 11 March 2011

introducing Niko

my first stop motion animation :)

enjoy!




not very clear though :(


Saturday 26 February 2011

hati aku sakit dan aku perlu ubat.


sebagai peringatan untuk aku yang selalu lupa.

kenapa kita selalu tak buat benda yang kita diperintahkan Allah untuk buat? atau kenapa kita tak istiqamah (maintain) dalam melakukan benda2 baik itu?

sebab kita tak rasa suka bila kita buat tu. kita tak rasa kemanisan iman. dan kenapa kita tak rasa kemanisan iman tersebut? sebab hati kita sakit.

janganlah merokok.


analoginya kalau kita suka makan pengat pisang tapi masa tu ada ulser dalam mulut. kita suka macam mana pun kita tak dapat merasakan nikmat pengat pisang tu. padahal pengat pisang tu best kot lagi2 buat minum petang dengan air teh sambil gossip2..oopps.

ha samalah macam kalau hati kita sakit, kita buat apa pun kita tak rasa kesedapan dalam membuat perkara tu. kita tak rasa manis dia. kan nampak kan analoginya?

jadi kita kenalah ubati hati kita dulu. memang lah sakit sikit tapi takkan kita tak nak dapat feeling makan pengat pisang sampai bila2 kot. taruk lah bonjela sikit.

dalam mengubati hati pula, ada 5 ubat yang kita boleh ambil yang kita tak payah susah2 pun nak pergi farmasi.

1. membaca al-quran dan maknanya.

2. bangun solat malam.

3. berkawan dengan orang2 soleh.

4. berzikir pada waktu malam.

5. berpuasa.

jadi, dengan mengikuti prescription ini tanpa mengelat dan menggeliat (eh?) insyaallah, hati kita sedikit sedikit akan terubat. ha lepastu kita pun dapat lah rasa manisnya iman tu lepas tu kita pun jadilah suka bila melakukan benda2 maaruf dan lepastuh kita pun dapatlah buat semua tu dengan istiqamah...fuhhh...

oh pengat pisang sedap owh!

p/s: thanks kak ajah for the worthwhile morning.

serta paksa

aku search untuk video oleh mamat tersohor malaya sekarang ni, mat luthfi dekat youtube. ala korang mesti kenal je kan. aku search video serta paksa, saja nak tengok untuk keberapa puluh kalinya.aku type 'serta paksa'. lepas tu keluar...

did you mean: cerita panas?

apakah? boleh pulak youtube kaitkan 'serta paksa' dengan 'cerita panas'. haih memang rosak. orang kita suka sangat upload video2 berunsur erotik lepas tu bubuh tajuk kontroversi-yang-kalau- kau-lelaki-gersang-atau-budak-form-3-dalam-peringkat-berperasaan-ingin-tahu-pasti-akan-tekan.

cuba buat video macam mat luthfi tu. kan sepuluh kali lebih baik. ada jugak mesej berfaedah di samping menjana kekreatifan korang.

sekian.

p/s: sebenarnya nak bubuh gambar website youtube yang aku cakap tu tapi tak pandai. ahah


Sunday 20 February 2011

not a comedy show


i was watching a game show called family fortune just now. it is like u have to give out answers according to surveys. and two groups competing with each other to earn the biggest point.

the question is, an object that make things look bigger.

"a magnifying glass",
" telescope",
"binocular",
"microscope",
" a ruler"....

me: what?

audience laugh..teettt! not in the survey

"a squint"

ha? how?

" yes, anything looks bigger with a squint"

oo yess he is squinting..do u see the objects bigger heh clint?

audience laugh again. teeettt!

"a stetoscope"

hahahahahaha! gelak guling2 tendang2 lantai.

teeetttttt!!!! you have lost your last chance. ok the other group, what is your answer.

"mirror"

??????

"i always look big in a mirror" (- .- ')

seorang makcik yang sihat walafiat menjawab.

tetttt!!!

the host: let see the remaining answer. tininininin...padded bra.

hahahahah! the funniest episode that i ever watch :DDDD




Wednesday 16 February 2011

amazing people

semasa aku beratur untuk membayar barang di Costcutter (takdelah cut cost pun even on special offer) di uni, pandangan aku tertarik kepada seorang perempuan ini yang sedang dalam proses pembayaran. dia adalah seorang perempuan istimewa yang tiada kedua2 belah tangan yakni kudung sampai ke siku.

Ya Allah aku sangat amaze dengan dia. lepas makcik tu bubuhkan barang2 dia dalam plastik, dia ambil purse dia dalam beg, dia keluarkan bank card dia, dia masukkan card dia dalam mesin bayar tu..dia tekan sendiri pin number dia, lepas tu tarik balik card and masukkan dlm purse. pastu dia ambil barang and resit, angkat beg, blah. semua laju je.

korang xrasa amaze ke? dahla dia student warwick memandangkan ada uni card tergantung kat leher dia. dengan keadaan dia yang macam tu, dia masih boleh buat kerja2 harian dengan efficient dan konfiden, tanpa mintak belas kasihan dengan orang. tertunduk2 dia nak buat semua tu. dan yang paling hebat, dia adalah seorang student uni.

boleh bayang tak apa yang dia perlu lalui untuk sampai ke tahap uni ini? aku rasa nikmat yang aku dapat sangat senang; yang aku tak sedar pun itu nikmat sebenarnya. nikmat belajar di universiti, nikmat dapat angkat, pegang barang, nikmat duit masuk free2 je, semua lah. dia perlu berusaha untuk mengecap nikmat itu tapi aku? heh tak pernah appreciate langsung.

dengan segala nikmat yang aku ada ini pun, aku masih bersenang lenang dan bermalas malasan. patutnya tuhan dah kasi kita kesenangan seperti yang perempuan tadi tidak dapat, kita perlulah bersusah susah sikit untuk hal yang lain. macam untuk result yang lebih baik dan untuk improve lagi diri kita.

aku pampered sangat diri aku. aku cuba untuk berubah. insyaallah..

Monday 31 January 2011

risau


my best friend when i'm in sains machang, Noor Asma Binti Mohd Noor. (eh ye ke nama ayoh mung?hoho) . harap kamu dalam keadaan selamat senantiasa. tak dapat contact kamu buat masa sekarang setelah talian internet diputuskan dan tak tahu keadaan kamu kat sana macamana. takut lebih2 lagi kamu di alexandria. semoga tiada apa2 dan begitu juga kepada rakyat malaysia yang lain di egypt.

p/s: nama murad sesuai untuk lelaki tua gatal ..hohoho

Monday 24 January 2011

Stonehenge


i've been to another wonders of the world :) , well, used to be..heheh


Stonehenge

Sunday 16 January 2011

decronaphobia

i just randomnly give name to this phobia. the word doesn't even exist. hohoh

i don't know why, but i have this fear of finding dead people in bath tub. especially when the shower curtain was left closed and u had to open it. ( heart pounding moment) luckily we don't have bath tub anymore for this year.

and also big drain. i'm fear of finding dead people in it but still i would have a peek into the drain.

maybe because in movies u always find dead body in bath tub with blood splashing everywhere. and people always find corpse in drain if u read news. maybe it is always found by someone that have fear like me. maybe..

i do have a wild imagination, don't i?


Thursday 13 January 2011

pengakuan berani mati

aku teringat pada waktu aku form 2 agaknya masa belajar matematik. pada waktu itu kami mula diperkenalkan dengan x dan y dalam equation. lepas tu cikgu aku cakap, sebab kami dah pening2, dia kata, ni sikit je, kalau orang yang belajar tinggi2 tu, matematik diorang dah takde dah nombor. semua huruf je. dan hari ini, to be exact, petang tadi saya telah belajar matematik yang tiada nombor. semuanya huruf sahaja. terima kasih cikgu kerana kamu semualah saya dapat belajar setinggi ini.

teachers, you'll never know where your influence will stop. you affects eternity.

Monday 10 January 2011

kau sudah nampak cantik

sepertinya satu kemestian untuk mereka di sini membeli belah pakaian dengan sakan tidak kira waktu apa pun. waktu jualan murah diorang beli belah. waktu jualan tak murah pun diorang beli belah. malah office hour pun ramai orang beli belah. tak pernah susut.

malah dekat malaysia pun manusia sudah semakin obses dengan fesyen dan penampilan. boleh tengok betapa banyak sekarang photoshoot2 oleh orang kebanyakan menampilkan fesyen yang outrageous. tak lupa jugak gambar pelbagai jenis pakaian dan aksesori di facebook yang ditag2 untuk dipromosikan.

ini seperti seakan budaya, kau sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kau ada sekarang. sentiasa ingin up to date. ia seperti satu kitaran. kau kerja bersungguh2 , kau beli barang yang kau nak dengan duit hasil kerja kau. kau balik rumah tengok televisyen, fesyen lain pulak keluar. kau kerja lagi and the cycle goes on.

siapa yang untung? company2 fesyen juga. mereka sentiasa membuatkan kita berfikir yang kita masih tidak cukup bagus. kasut kita old fesyen, tudung kita lilit cara lama, alat solek kita tak buat kita nampak cun.

jika kita kejar perkembangan fesyen yang sangat pesat dan cepat ini, kita letih. letih untuk sentiasa gantikan isi almari kita, letih untuk sentiasa kena alert dengan style baru dan letih untuk sentiasa nampak bergaya.

sedarlah yang benda ini akan sentiasa bertukar dan kita tak cukup kaki untuk mengejar.

"the culture we have does not make people feel good about themselves. And you have to be strong enough to say if the culture doesn't work, don't buy it." -Morrie Schwartz-

Friday 7 January 2011

pemusnah mood

3 benda yang aku cannot go kalau tengok cerita

* subtitle yang tak sama dengan dialog.
* audio yang tak sama dengan pergerakan mulut.
* dubbing

Sunday 2 January 2011

haruslah post tentang tahun baru

tahun baru je mesti nak ada azam baru. ada beberapa persoalan di sini

* tak bolehkah jika kita selalu berazam? maksudnya tak payah nak tunggu tahun baru.
* kenapa kita tak kaitkan azam dengan hari2 lain contohnya birthday kita?
* kenapa kita selalu tak bersungguh pun dengan azam yang kita sebut pada tahun baru? sebab dah culture agaknya. walaupun kau tiada azam apa2 pun, kau tetap akan memerah pemikiran untuk fikirkan apa azam kau. in other word, tak ikhlas.

tapi hakikatnya, tahun baru macam tak de effect apa2 pun. unless kau pergi sekolah lepas tu kau tulis tarikh kat atas belah kanan muka surat. baru kau rasa awkward. macam aku yang tengah cuti membuang masa ni, serius tak rasa apa2.

but this is cool, bila nak masuk tahun baru, kau boleh cakap macam ni,

carlos : hoi bila kau nak pulangkan kaset sheila on 7 aku hah?

eduardo : pegi mampos aaa.. tahun depan jelah aku hanta

kedengaran seperti kau memang taknak hantar nak buat harta sendiri tapi hakikatnya kau adalah baik hati lagi 2 3 hari kau hantarlah kan.. heheh

pada malam 31 disember,

mak : bilalah kau nak basuhkan kereta mak yang kotor tu nak?

anak : ala malas la mak. tahun depan aa anep basuh

huhu, cool kan tapi kalau yang atas ni, kemungkinan kau dicop anak derhaka oleh mak kau adalah besar kerana golongan2 mak tak senang nak digest lawak2 orang muda (lawak orang muda ke ni? )

maka sehubungan dengan itu, saya najah abdullah ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada adik kakak semua :)



*heard this from somewhere:

what is your new year resolution?
to have a new year resolution

pfftt...