Tuesday, 19 April 2011

misteri wohohoooooo

benda2 misteri ni memang kita suka kan? macam rasa teruja nak tau apa yang sebenarnya. oh tidak2 misteri di sini bukan bermaksud misteri nusantara atau entiti2 tidak diketahui itu.

apa yang aku maksudkan ialah orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan. macam bila kita baca buku misteri 5 sekawan dulu2 karya Enid Blyton tu. mesti nak baca jugak sampai habis sebab nak tau siapa sebenarnya dalang di sebalik benda2 misteri tu.

bila dah besar pun sama. kalau tengok cerita, mesti akan tengok sampai habis sebab nak tahu ending dia. walaupun cerita tu tak misteri pun, tapi untuk tidak tahu endingnya tu, misteri lah kan. lainlah cerita karya skop production. huahua. yang tu dah boleh agak dah ending dia.

macam aku ada follow satu blog yang aku suka baca ni, tapi aku tak tahu sapa pengeblog dia. yang lagi aku geram ialah aku tau dia adalah super senior kolej aku dan pernah belajar di salah satu universiti terkemuka dekat london. jadi elemen misteri ni membuatkan aku lagi nak baca blog dia. dan elemrn misteri nilah jugak yang boleh membuatkan aku berangan apa rupa dia dan karekter dia mengikut yang aku suka. macam kita baca buku berbanding dengan tengok filem yang telah diadaptasi dari buku tersebut. baca buku boleh berangan apa je yang aku nak mengikut taste aku. filem tak boleh.

oh tapi akhirnya aku tahu jugak sapa pengeblog misteri tersebut. bukannya aku stalk dia eh. tapi kawan aku yang semangat stalk. hehe. terima kasihlah mior kau dah buat aku kurang sedikit bersemangat membaca blog dia. ok tipu aje aku masih bersemangat.

ha samalah macam kalau kita stalk orang kat facebook. heheh. bukannya kita busy body sangat nak tau kehidupan orang tapi sebab elemen misteri ni lah..ye.!. aku salahkan elemen misteri ini!

oh dan jugak anonymous2 yang pernah komen kat blog aku yang sememangnya tidak hot dan diketahui orang ini. lagilah misteri. tipulah kalau aku cakap aku tak ada rasa ingin tahu siapa yang komen kan?

tapi bagus sebenarnya misteri ni. kalau tak ada rasa misteri, takkan punya isaac newton tu tau pasal graviti bila epal tu jatuh dari pokok. takdenya galileo galilei mencipta teleskop sehebat 30x magnifikasi. takde punya michelle melodi bersemangat menerjah artis2 kontroversi tanah air. eh?

em tapi yang paling misteri, adalah kehidupan selepas ini, kehidupan di alam barzakh dan selepas kita dibangkitkan nanti. yang tu memang misteri habis, jadi kita kenalah menjadikan rasa misteri ini penguat usaha kita supaya amal maaruf nahi mungkar supaya kita mendapat yang terbaik nanti. peringatan untuk aku juga.

jadi, manfaatkanlah rasa misteri ini kepada yang paling terbaik. bukannya bergosip menanyakan hal2 tak berfaedah tapi gerakkan akal untuk mencipta, mengungkap rahsia alam dan meningkatkan amal.

4 comments:

  1. anda pastikah itu adalah saya..? sebagai seorang personaliti yg misterius, saya pastinya mempunyai cara2 yg misterius juga untuk menyembunyikan identiti saya. peace. ;)

    p/s: mekaseh sbb sudi linkkan belog saya sekian terima kasih dan salaam ziarah.

    ReplyDelete
  2. err inche gabbana boleh track plak blog saya..huhu malu la plak. maafkan kalau ada terlepas ckp apa2. heee dan teruskan blog anda yg best dan misterius itu :)

    ReplyDelete