aku ada satu persoalan yang sudah lama benor aku terpikir dan aku pendam dalam benak pemikiran aku ni sejak aku muda remaja lagi.
jikalau seekor nyamuk terbang di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak, adakah nyamuk itu juga terbang sama laju dengan kereta atau dia terbang lek2 je macam biasa. sebab dia bukannya duduk atas seat kereta macam kita. dia di awang-awangan terbang dengan riangnya. boleh juga ye jika anda gantikan dengan apa2 objek terbang yang anda ingini ye mana tau anda tak gemor dengan nyamuk.
jadi aku merasa confuse di sini. kalau betul nyamuk tu terbang selaju kereta, kalau ada member nyamuk tu terbang dekat luar kereta, mesti lah nyamuk kat luar tu pun boleh terbang selaju nyamuk yang dalam kereta. tapi ikut logiknya, mana ada nyamuk terbang laju macam tu ye dak? nak terbang straight pun tak boleh. peh. so maknanya di sini, nyamuk dalam kereta tu mestilah terbang lek2 je mcm biasa.
kalau tak boleh macam tu, mesti nyamuk yang terbang macam biasa dah lama dah terpenyek dekat cermin belakang kereta tu kan? kan kan? paham tak??
jadi macam mana boleh jadi macam tu ye? aku ada belajar theory of relativity yang ada sebenarnya kaitan sikit2 tapi aku tak dapat nak kaitkan betul2.
macam orang yang luar train akan nampak aku yang berjalan dalam train sangat laju tapi orang yang dalam train nampak aku jalan biasa je. atau orang yang baling bola dalam train akan nampak bola tu jatuh straight walhal yang di luar nampak bola tu jatuh berbentuk parabola.
aku confuse owh.
sebab tu nyamuk tu akan melekat dahulu kat cermin/kerusi kereta dahulu utk menyamakan kelajuan dirinya dgn kelajuan kereta..then bila dh sama, dan melompat dan terbang dari cermin, die akan nampak terbang seperti biasa....lama2 kelamaan, kelajuan nyamuk itu akan kurang dr kelajuan kereta, die akan melekat ke cermin kereta utk samakan tingkatkan balik kelajuannya...=)
ReplyDeleteseperti bola yg dilambung dlm kereta yg bergerak....andai kelajuan kereta tu sekata, nampak jatuh seperti biasa...cuma andai kereta tu berubah kelajuan(acceleration / deceleration), bola itu akan bergerak ke hadapan(in case of deceleration)dan kebelakang (in case of acceleration)...selamat mencuba!=)
oh nice explanation..thanx very much!
ReplyDelete