Tuesday 16 March 2010

more post on jelly


i would really love to try old books flavour :) oh and does anyone care to explain what is sex lube??

Friday 12 March 2010

gula2 jelly nyut2

hari tu masa ada latihan dikir barat, kami diberi gula2 jelly. saya dah makan separuh tiba2 rakan kata gula2 itu mengandungi gelatine. ye, kami di sini sangat meneliti kandungan bahan dalam sesuatu makanan. saya terlupa untuk melihatnya sebab yang memberi gula2 itu adalah seorang yang juga dari malaysia.

kemudian saya terfikir, dulu2 lepas balik sekolah rendah, pergi kedai apek tepi sekolah beli gula2 jelly nyut2 yang packaging dia ala2 yang macam saya makan masa latihan dikir; ada tulisan2 cina gamba2 kartun. wah banyaknya kata ganda.

bukan setakat masa kecik2, bila dah besar dan sampai sebelum saya fly pon tak pernah saya ambil kisah tentang ingredient2 makanan yang dijual di malaysia kerana makanan itu di malaysia.

malaysia, semua halal lah kot. selagi tak tulis terang2 pork kat depan makanan tu, semua pun makan. padahal banyak je yang diimport dari china, indonesia, dan thailand.

salah bukan assumption tu? betapa lewa nya kita dalam soal menjaga makan.

ok,sedikit berita dari tanah air,

GURUN: Produk makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf kerajaan, tidak akan dibenarkan dipamer di ruang makanan halal di premis perniagaan seluruh negara selepas Akta Halal diperkenalkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

yeah, that's more like it. especially kedai2 apek kat sekolah tu. patut la saya mengaji dulu lambat pick up. hoho


Tuesday 9 March 2010

bila kita sudah tua

semalam saya nak tengok brokeback mountain. ye saya tau filem itu tentang hubungan sejenis. saya excited dan tulis pada status facebook saya. tapi banyak pula komen yang tak membina selepas itu. kemudian saya tengok. sampai 2 kali adegan2 yang memberangsangkan di dalam khemah saya tutup. ceyh, menyesal post kat status facebook. patut lah. mesti org ingat saya pervert yang suka tengok2 benda macam tu. ok malam ni sambung tengok balik.

oh dan mengenai facebook. saya terfikir, apa jadi bila kita dah berusia dan masih menggunakan facebook.

1. mesti semua status married. at least most of all.

2. tiada lagi status seperti "aahh..banyaknye assignment" atau "malasnye nk pg kelas esk" atau "edward cullen is so damn handsome!" tetapi diganti dengan "esk byk kerja tapi insyaAllah dapat harunginya" dan "sedang bercuti bersama keluarga di pulau kapas".

3. tiada juga perkataan2 kasar contohnya "babeng arr..nape ko x bgtau aku bodoh?? bez gler babi kot" mungkin kerana sudah matang atau malu dengan anak2 yang juga mempunyai facebook.

4. sudah tidak melayan aplikasi2 seperti membaling bantal, please accept this gift atau i want to know which celebrity u look like. tapi sekarang pon saya dah tak layan. kenapa ada lagi yang layan saya tak paham.

5. pada home, tiada pasangan berkasih kasihan yang tulis dinding ke dinding dan tak habis2 balas membalas. dah kahwin kot. pasangan kahwin tak over macam tu.

6. tiada postur gambar posing seorang diri diambil dari angle atas tidak kiralah memuncungkan mulut atau membuat muka cute. tapi yang ini saya tak pasti. kalau dah habit susah jugak nak buang walau dah tua. tapi serius geli bila dah tua buat macam tu.

itu apa yang saya rasa. tak tau lah jika anda bila tua berjiwa muda.

Monday 8 March 2010

kisah handphone berdering

serius saya lapar. macam ni rupanya orang2 susah yang kelaparan sebab tak de duit. ye saya tak de duit. dan saya tak gembira.

lagi benda yang buat saya tak gembira. handphone saya buat hal. message tak nak masuk. oh cerita pasal handphone, saya ada 2 handphone. bukan nak berlagak tapi memang kebanyakan pelajar kat uk ni ad 2 handphone. senang nak call orang2 tersayang dekat tanah air. lagi pon, handphone kat sini murah.

sekali lagi. saya ada 2 handpone. satu touch screen satu yang biasa. suatu hari handphone saya berdering. saya amek dan sentuh perkataan 'answer' pada screen handphone saya. tiada respon. saya tekan lagi. juga tiada respon.haih, rosak ke? berkali kali saya cuba untuk menjawab tapi touch screen itu tidak memberikan respon dan handphone saya terus berdering.

saya dah agak bengang dah. handphone baru setahun jagung dah buat hal. kemudian saya perasan. handphone touch screen saya dalam poket satu lagi.

Friday 5 March 2010

perkara yang tidak pernah

saya hairan lah, sejak duduk kat uk ni, banyak benda yang tak pernah. sejak kat uk ni, tak pernah lagi saya jumpa haiwan kecik yang bernama semut. lalu dengan senang hatinya saya akan biarkan makanan saya tidak bertupperware memandangkan kehadiran semut tiada.

saya jugak tak pernah lagi jumpa haiwan2 perosak seperti lipas, lalat dan lain2. oh cicak pon tak de. cicak lah binatang paling menyeramkan. dengan kulit yang lembik dan mata yang bulat. haish, cicak tak de kurang pahala jumaat saya.


adegan seperti ini tidak akan dapat dilihat di uk (foto koleksi peribadi)



tak pernah lagi tinggal biskut tak disimpan di dalam bekas kedap udara dan biskut itu menjadi lemau. pelik.

tak pernah lagi pergi ke tandas waktu lewat malam dan berasa takut. mungkin kerana khayalan2 seperti munculnya hantu raya, toyol dan hantu pocong tidak muncul kerana kini sudah berada di uk. setakat hantu uk pakai dress apalah nak takut sangat. hoho.

tak pernah lagi beli tiket bas pergi ke kaunter tiket macam yang selalu kat malaysia dulu. kat sini urusan jual beli melalui internet sangatlah efisien. sampai solution contact lens pun saya beli online.

tak pernah lagi kalau orang terlanggar atau ter apa2 pun orang itu tidak mengucapkan maaf. kalau dulu, ada sesetengah bukan nk ucap maaf, siap jeling2 lagi.

tak pernah lagi rakan satu floor yang berbangsa cina membasuh peralatan masakan mereka dan tidak membiarkan bersepah sepahan di dapur (oh ini seperti sedikit tersimpang dan agak racist)

dan tak pernah juga saya jumpa nasi ikan bakar dengan ulam cicah budu..perghhhh...!





Wednesday 3 March 2010

ilusi semata mata

saya bengang btol tadi. semua tempat persorokan saya dah geledah. entah ke mana buku lab saya hilang. kejap je dah lesap. anda anda nampak kat mana buku lab saya?



comouflage yang baik..letih saya cari.

Tuesday 2 March 2010

transaksi tidak menjadi

tadi kawan saya beritahu dia nak kahwin summer ni. berita baik. mulanya saya ingat dia bergurau. katanya,

"umur dah 21 dah. kawan2 jameela(bukan nama sebenar) ramai masa ni dah ada anak dah pun"
(tapi saya kawan jameela jugak, tak ada anak pun)

tabik lah kat jameela ni. sesungguhnya dia memang tampak sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga. dia sememangnya dah cukup mahir dengan skill2 asas untuk menjadi isteri ni. kalau saya nampaknye 15 tahun lagilah baru boleh kahwin.

ada lagi berita yang lebih baik. sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ryan air(seperti airasia tetapi versi europe). saya ingin ke italy cuti easter ini. lalu saya pun beliah tiket untuk 4 org ke italy; tiket saya dan 3 orang lagi kawan saya. entah macamana setelah mengisi maklumat debit card saya, website ryan air hang. saya ingat transaksi jual beli itu tidak menjadi lalu saya mencuba sekali lagi. beberapa hari selepas itu baru saya tahu yang saya sudah beli 8 tiket. saya rugi 80 pound. kalau dalam RM hampir2 cecah 480 juga. minta refund katanya tidak diapprove. letih saja saya berbahasa inggeris dengan operator itu.

tiba2 hari ini, setelah hampir sebulan, ryan air memberitahu flight saya delay 13 jam dan boleh minta refund. gembira tidak terhingga hati berbunga bunga. seperti hendak peluk huda saja. oh huda itu adik saya. selama ini saya kais pagi makan pagi kais petang makan petang kerana tiada wang secukupnya. oh tak sabar nak ke italy!