Friday, 12 March 2010

gula2 jelly nyut2

hari tu masa ada latihan dikir barat, kami diberi gula2 jelly. saya dah makan separuh tiba2 rakan kata gula2 itu mengandungi gelatine. ye, kami di sini sangat meneliti kandungan bahan dalam sesuatu makanan. saya terlupa untuk melihatnya sebab yang memberi gula2 itu adalah seorang yang juga dari malaysia.

kemudian saya terfikir, dulu2 lepas balik sekolah rendah, pergi kedai apek tepi sekolah beli gula2 jelly nyut2 yang packaging dia ala2 yang macam saya makan masa latihan dikir; ada tulisan2 cina gamba2 kartun. wah banyaknya kata ganda.

bukan setakat masa kecik2, bila dah besar dan sampai sebelum saya fly pon tak pernah saya ambil kisah tentang ingredient2 makanan yang dijual di malaysia kerana makanan itu di malaysia.

malaysia, semua halal lah kot. selagi tak tulis terang2 pork kat depan makanan tu, semua pun makan. padahal banyak je yang diimport dari china, indonesia, dan thailand.

salah bukan assumption tu? betapa lewa nya kita dalam soal menjaga makan.

ok,sedikit berita dari tanah air,

GURUN: Produk makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf kerajaan, tidak akan dibenarkan dipamer di ruang makanan halal di premis perniagaan seluruh negara selepas Akta Halal diperkenalkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

yeah, that's more like it. especially kedai2 apek kat sekolah tu. patut la saya mengaji dulu lambat pick up. hoho


2 comments: