Friday, 5 March 2010

perkara yang tidak pernah

saya hairan lah, sejak duduk kat uk ni, banyak benda yang tak pernah. sejak kat uk ni, tak pernah lagi saya jumpa haiwan kecik yang bernama semut. lalu dengan senang hatinya saya akan biarkan makanan saya tidak bertupperware memandangkan kehadiran semut tiada.

saya jugak tak pernah lagi jumpa haiwan2 perosak seperti lipas, lalat dan lain2. oh cicak pon tak de. cicak lah binatang paling menyeramkan. dengan kulit yang lembik dan mata yang bulat. haish, cicak tak de kurang pahala jumaat saya.


adegan seperti ini tidak akan dapat dilihat di uk (foto koleksi peribadi)



tak pernah lagi tinggal biskut tak disimpan di dalam bekas kedap udara dan biskut itu menjadi lemau. pelik.

tak pernah lagi pergi ke tandas waktu lewat malam dan berasa takut. mungkin kerana khayalan2 seperti munculnya hantu raya, toyol dan hantu pocong tidak muncul kerana kini sudah berada di uk. setakat hantu uk pakai dress apalah nak takut sangat. hoho.

tak pernah lagi beli tiket bas pergi ke kaunter tiket macam yang selalu kat malaysia dulu. kat sini urusan jual beli melalui internet sangatlah efisien. sampai solution contact lens pun saya beli online.

tak pernah lagi kalau orang terlanggar atau ter apa2 pun orang itu tidak mengucapkan maaf. kalau dulu, ada sesetengah bukan nk ucap maaf, siap jeling2 lagi.

tak pernah lagi rakan satu floor yang berbangsa cina membasuh peralatan masakan mereka dan tidak membiarkan bersepah sepahan di dapur (oh ini seperti sedikit tersimpang dan agak racist)

dan tak pernah juga saya jumpa nasi ikan bakar dengan ulam cicah budu..perghhhh...!





No comments:

Post a Comment