Sunday 18 July 2010

balik kampung

aku baru balik dari kampung tadi. best lah boleh makan buah banyak2. tapi satu je yang buat aku menyirap darah kalau balik kampung. nyamuk. nyamuk dia mak aih sebesar biji gajus. dari jarak 2 batu kau dah boleh nampak dia on the way nak menyerang kau. nyamuk2 ni jugak mempunyai semangat keberanian yang tinggi. walapupun kau dah berusaha menempis serangan nyamuk itu dia tetap buat endah tak endah. hakta kau menyembur dengan gas dan api sekalipun. akibatnya, subuh aku dipenuhi dengan penahanan gatal2 gigitan nyamuk semasa solat. pfft

Sunday 11 July 2010

slurrpp


ini bukannya minuman santai seperti air kelapa atau air tebu. ini kari tulang yang dimakan dengan roti canai..pergh memang sedap ah. yang bubuh straw tu pasal nak hirup sumsum tulang tu. rasa dia lemak2 creamy gitu. heh. ini balik rumah baru boleh makan ni. bestnya malaysia :)