Tuesday, 9 March 2010

bila kita sudah tua

semalam saya nak tengok brokeback mountain. ye saya tau filem itu tentang hubungan sejenis. saya excited dan tulis pada status facebook saya. tapi banyak pula komen yang tak membina selepas itu. kemudian saya tengok. sampai 2 kali adegan2 yang memberangsangkan di dalam khemah saya tutup. ceyh, menyesal post kat status facebook. patut lah. mesti org ingat saya pervert yang suka tengok2 benda macam tu. ok malam ni sambung tengok balik.

oh dan mengenai facebook. saya terfikir, apa jadi bila kita dah berusia dan masih menggunakan facebook.

1. mesti semua status married. at least most of all.

2. tiada lagi status seperti "aahh..banyaknye assignment" atau "malasnye nk pg kelas esk" atau "edward cullen is so damn handsome!" tetapi diganti dengan "esk byk kerja tapi insyaAllah dapat harunginya" dan "sedang bercuti bersama keluarga di pulau kapas".

3. tiada juga perkataan2 kasar contohnya "babeng arr..nape ko x bgtau aku bodoh?? bez gler babi kot" mungkin kerana sudah matang atau malu dengan anak2 yang juga mempunyai facebook.

4. sudah tidak melayan aplikasi2 seperti membaling bantal, please accept this gift atau i want to know which celebrity u look like. tapi sekarang pon saya dah tak layan. kenapa ada lagi yang layan saya tak paham.

5. pada home, tiada pasangan berkasih kasihan yang tulis dinding ke dinding dan tak habis2 balas membalas. dah kahwin kot. pasangan kahwin tak over macam tu.

6. tiada postur gambar posing seorang diri diambil dari angle atas tidak kiralah memuncungkan mulut atau membuat muka cute. tapi yang ini saya tak pasti. kalau dah habit susah jugak nak buang walau dah tua. tapi serius geli bila dah tua buat macam tu.

itu apa yang saya rasa. tak tau lah jika anda bila tua berjiwa muda.

5 comments:

  1. dan belog juga dah tak tulis daa pasal feeling-feeling.. mesti ilmiah 100%.. hohoh

    ReplyDelete
  2. haha.aku sokongg dowh!! lawak shal... :))

    ReplyDelete
  3. ahah..
    kta tgk sape still bjiwa muda nnti..

    ReplyDelete
  4. n gamba profile kat blog pon mesti gamba skema je..hehe..

    makin hari makin tua kot juek..hoho

    aku tau ko jiwa muda stiap msa..hidup mati makan tidur muzik wooo

    ReplyDelete
  5. ko tlupa satu bende..
    kalau da ade anak..
    nnti gamba kt profile pnuh dgn gamba baby jer..
    x caya cube ko tgk fb org yg da kawin and ade anak..

    ReplyDelete