Wednesday, 16 February 2011

amazing people

semasa aku beratur untuk membayar barang di Costcutter (takdelah cut cost pun even on special offer) di uni, pandangan aku tertarik kepada seorang perempuan ini yang sedang dalam proses pembayaran. dia adalah seorang perempuan istimewa yang tiada kedua2 belah tangan yakni kudung sampai ke siku.

Ya Allah aku sangat amaze dengan dia. lepas makcik tu bubuhkan barang2 dia dalam plastik, dia ambil purse dia dalam beg, dia keluarkan bank card dia, dia masukkan card dia dalam mesin bayar tu..dia tekan sendiri pin number dia, lepas tu tarik balik card and masukkan dlm purse. pastu dia ambil barang and resit, angkat beg, blah. semua laju je.

korang xrasa amaze ke? dahla dia student warwick memandangkan ada uni card tergantung kat leher dia. dengan keadaan dia yang macam tu, dia masih boleh buat kerja2 harian dengan efficient dan konfiden, tanpa mintak belas kasihan dengan orang. tertunduk2 dia nak buat semua tu. dan yang paling hebat, dia adalah seorang student uni.

boleh bayang tak apa yang dia perlu lalui untuk sampai ke tahap uni ini? aku rasa nikmat yang aku dapat sangat senang; yang aku tak sedar pun itu nikmat sebenarnya. nikmat belajar di universiti, nikmat dapat angkat, pegang barang, nikmat duit masuk free2 je, semua lah. dia perlu berusaha untuk mengecap nikmat itu tapi aku? heh tak pernah appreciate langsung.

dengan segala nikmat yang aku ada ini pun, aku masih bersenang lenang dan bermalas malasan. patutnya tuhan dah kasi kita kesenangan seperti yang perempuan tadi tidak dapat, kita perlulah bersusah susah sikit untuk hal yang lain. macam untuk result yang lebih baik dan untuk improve lagi diri kita.

aku pampered sangat diri aku. aku cuba untuk berubah. insyaallah..

3 comments:

  1. da tau cmtu lagi mau ponteng kelas...eishh3..haha

    ReplyDelete
  2. huh..gerangan siapakah yg berani menuduh sebarangan? hoho

    ReplyDelete
  3. mr anonymous lah..sape lg...hahaha

    ReplyDelete