Sunday, 2 January 2011

haruslah post tentang tahun baru

tahun baru je mesti nak ada azam baru. ada beberapa persoalan di sini

* tak bolehkah jika kita selalu berazam? maksudnya tak payah nak tunggu tahun baru.
* kenapa kita tak kaitkan azam dengan hari2 lain contohnya birthday kita?
* kenapa kita selalu tak bersungguh pun dengan azam yang kita sebut pada tahun baru? sebab dah culture agaknya. walaupun kau tiada azam apa2 pun, kau tetap akan memerah pemikiran untuk fikirkan apa azam kau. in other word, tak ikhlas.

tapi hakikatnya, tahun baru macam tak de effect apa2 pun. unless kau pergi sekolah lepas tu kau tulis tarikh kat atas belah kanan muka surat. baru kau rasa awkward. macam aku yang tengah cuti membuang masa ni, serius tak rasa apa2.

but this is cool, bila nak masuk tahun baru, kau boleh cakap macam ni,

carlos : hoi bila kau nak pulangkan kaset sheila on 7 aku hah?

eduardo : pegi mampos aaa.. tahun depan jelah aku hanta

kedengaran seperti kau memang taknak hantar nak buat harta sendiri tapi hakikatnya kau adalah baik hati lagi 2 3 hari kau hantarlah kan.. heheh

pada malam 31 disember,

mak : bilalah kau nak basuhkan kereta mak yang kotor tu nak?

anak : ala malas la mak. tahun depan aa anep basuh

huhu, cool kan tapi kalau yang atas ni, kemungkinan kau dicop anak derhaka oleh mak kau adalah besar kerana golongan2 mak tak senang nak digest lawak2 orang muda (lawak orang muda ke ni? )

maka sehubungan dengan itu, saya najah abdullah ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada adik kakak semua :)



*heard this from somewhere:

what is your new year resolution?
to have a new year resolution

pfftt...

3 comments: