semalam masa usrah giliran saya untuk kasi tazkirah. eceyyhhh baik pulak bunyi. alang2 saya dah cari bahan untuk sampaikan tazkirah tu, saya nak share jugak lah kat sini. jom kita berbicara tentang rezeki.
apa maksud rezeki dalam Islam
kita selalu kalau rezeki mesti kita fikir dari segi material kan? makanan ke kereta ke duit berbilion bilon ke. tapi sebenarnya rezeki ni bukan hanya terhad pada wang dan harta sahaja. kalau kita memberi, Allah membalas kita dengan bentuk yang pelbagai dari segi material dan spiritual.
apa yang kita buat yang boleh kita menerima rezeki ni?
pemberian dan sumbangan kita adalah sumber terbukanya rezeki. habis tu susah la kalau saya miskin. dah la miskin, macamana nak sedekah kasi2 orang makan. lepas tu sampai bilalah saya miskin sebab saya tak ada rezeki sebab saya tak memberi. sebenarnya pemberian dan sumbangan ni bukan itu sahaja. ya betul, sedekah adalah salah satu sumber terbukanya pintu rezeki. tapi banyak lagi sebenarnya skop sumbangan ni.
antaranya, membantu orang buat benda baik, mengajak orang kepada kebaikan, menahan diri dari maksiat. jadi, apa sahaja sumbangan tidak kiralah idea, nasihat,tenaga, masa, perasaan, emosi boleh memberi anda rezeki.
tapi semua ini mestilah
1. ikhlas kerana Allah.
2. berupa sumbangan ke arah kebaikan.
tapi kita sentiasa tanya, aku dah menyumbang, tapi kenapa tak ada rezeki pon? apakah balasan aku di dunia?
Allah membalas kita dengan banyak cara, mungkin kita yang tak sedar.contoh balasannya adalah mungkin
1. keberkatan dalam rumahtangga.
2. kesihatan. dijauhkan kita daripada sakit, bencana,kemalangan. ada juga yang kena musibah tapi itu mungkin supaya kita lebih dekat denganNya.
3. zuriat.
4. harta. tidak semestinya harta yang nyata. mungkin dihindar dari mendapat kerja yang haram. direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatn haram.
5. sekeliling yang baik. mungkin rumah kita tak semegah mana tapi dapat jiran yang baik2, persekitaran yang tak ada pencemaran dan kenderaan yang kita pakai pun kalau tak hebat mana tapi tak pernah rosak2.
6. dapat keputusan peperiksaan yang baik. mungkin kita tak belajar hard sangat pun tapi dapat juga keputusan yang elok.
terlalu banyak cara Allah membalas kebaikan kita. yang hanya menjadi penghalang adalah kita sendiri. buatlah sumbangan kerana bukan sahaja orang lain yang dapat manfaat tapi kita juga mendapat balasan atau rezeki. :)
No comments:
Post a Comment