Monday, 24 May 2010

is time travel possible?

best kan kalau kita dapat pergi waktu kegemilangan kota melaka dan rasa sendiri bahasa melayu jadi lingua franca. kalau kita dapat jumpa nenek moyang kita dan berkenalan. atau mungkin pergi ke depan dan lihat dengan siapa kita kahwin dan apakah kesan pemanasan global terlalu kronik?

tapi tu semua fiksyen.mana boleh nak time travel.masa tu kan emas. tak emas lah kalau boleh time travel. tapi cuba tengok ni.



maaflah agak boring sikit muka dia ni. tapi mesej tu yang penting. teori fizik tiada yang bercanggah dengan kemungkinan time travel berlaku. ok tengok yang ni plak kalau korang larat.yang ni dijamin kurang boring pada yang sebelumnya.



dalam video ni, dia mengetengahkan idea wormhole. dalam fizik, special relativity mengatakan space yang 3 dimensi dan time yang 1 dimensi digabungkan menjadi space-time fabric dan bumi serta semua planet berada diatas fabric itu seperti trampolin dan ini yang sebenarnya bertindak sebagai graviti.huhu.mesti pening kan.

apa yang saya nak cakap ialah space-time fabric ni ibarat kertas yang dia lipat dalam video tadi. kalau betul ia boleh dilipat begitu, jadi kita boleh pergi ke sesuatu tempat dan masa dalam waktu yang singkat. shortcut gitu. cool kan? tapi saya masih samar2 macamana caranya nak jadikan space-time fabric tu berlipat. hoho

sebenarnya, ada banyak lagi cara yang diuar2kan untuk time travel ini. yang saya pernah belajar ialah jika kita bergerak terlalu laju iaitu hampir atau melebihi halaju cahaya, kita dapat membuat masa bergerak perlahan atau dalam kati lain kita boleh sampai semula di tempat itu sebelum masa kita mula2 bertolak. percaya tak saya belajar ni dalam lecture? cool dowh. tapi mustahil untuk kita bergerak melebihi halaju cahaya kerana cahaya adalah benda paling laju.

atau teori blackhole dan macam2 lagi. sangat teruja apabila fiksyen dan fizik digabungkan. adakah time travel satu kemungkinan? apakah kesannya kalau ia betul2 terjadi? sekarang pun ada research yanag dibiayai untuk menghasilkan alat merentasi masa.ada videonya di youtube tapi malaslah nak bubuh. lama sangat, tertidur kalau korang tengok.

dengan terhasilnya post ini maka sahlah saya ini seorang science freak. sekian.

No comments:

Post a Comment