Saturday, 29 May 2010

pose


bayangkan yang melakukan aksi2 dia atas adalah artis melayu. atau rakan2 lelaki anda yang mengupload di dalam album facebook.

Friday, 28 May 2010

peribahasa

jumpa ini dalam handphone lama saya

Peribahasa : Seperti anjing jantan dengan anjing betina
Maknanya : Dua orang yang pantang bertemu. asyik nak beromen je.

Peribahasa : Sepandai pandai lalat terbang akhirnya jatuh ke taik juga dia.
Maknanya : Orang kalau dah perokok tu, akhirnya gerenti start balik punya.

Peribahasa : Sepandai pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke Olimpik jua
Maknanya : Jangan macam bagus, selalunya macam bagus tu tak selalunya bagus

Peribahasa : Biar putih tulang, jangan putih muka.
Maknanya : Kalau surat beranak dah letak orang melayu, jangan eksen nak jadi mat salleh pulak.

Peribahasa : Kalau tidak ada angin masakan satu LRT berbau busuk.
Maknanya : Ada orang kentut lah tu.

Peribahasa : Ada udang di sebalik udang lain.
Maknanya : Jangan sangka yang duduk sorang dekat tempat sunyi tu sorang. check betul2. mesti ada sorang lagi dekat bawah ke, kat tengah ke.

Peribahasa : Biar mati anak, jangan mati pucuk.
Maknanya : Kalau dah mati pucuk macamana nak dapat anak?

*waktu simpan message menarik2 lawa2 lawak2.*



Wednesday, 26 May 2010

i believe i can fly


i believe i can touch the sky *i believe..i believe*

Monday, 24 May 2010

is time travel possible?

best kan kalau kita dapat pergi waktu kegemilangan kota melaka dan rasa sendiri bahasa melayu jadi lingua franca. kalau kita dapat jumpa nenek moyang kita dan berkenalan. atau mungkin pergi ke depan dan lihat dengan siapa kita kahwin dan apakah kesan pemanasan global terlalu kronik?

tapi tu semua fiksyen.mana boleh nak time travel.masa tu kan emas. tak emas lah kalau boleh time travel. tapi cuba tengok ni.



maaflah agak boring sikit muka dia ni. tapi mesej tu yang penting. teori fizik tiada yang bercanggah dengan kemungkinan time travel berlaku. ok tengok yang ni plak kalau korang larat.yang ni dijamin kurang boring pada yang sebelumnya.



dalam video ni, dia mengetengahkan idea wormhole. dalam fizik, special relativity mengatakan space yang 3 dimensi dan time yang 1 dimensi digabungkan menjadi space-time fabric dan bumi serta semua planet berada diatas fabric itu seperti trampolin dan ini yang sebenarnya bertindak sebagai graviti.huhu.mesti pening kan.

apa yang saya nak cakap ialah space-time fabric ni ibarat kertas yang dia lipat dalam video tadi. kalau betul ia boleh dilipat begitu, jadi kita boleh pergi ke sesuatu tempat dan masa dalam waktu yang singkat. shortcut gitu. cool kan? tapi saya masih samar2 macamana caranya nak jadikan space-time fabric tu berlipat. hoho

sebenarnya, ada banyak lagi cara yang diuar2kan untuk time travel ini. yang saya pernah belajar ialah jika kita bergerak terlalu laju iaitu hampir atau melebihi halaju cahaya, kita dapat membuat masa bergerak perlahan atau dalam kati lain kita boleh sampai semula di tempat itu sebelum masa kita mula2 bertolak. percaya tak saya belajar ni dalam lecture? cool dowh. tapi mustahil untuk kita bergerak melebihi halaju cahaya kerana cahaya adalah benda paling laju.

atau teori blackhole dan macam2 lagi. sangat teruja apabila fiksyen dan fizik digabungkan. adakah time travel satu kemungkinan? apakah kesannya kalau ia betul2 terjadi? sekarang pun ada research yanag dibiayai untuk menghasilkan alat merentasi masa.ada videonya di youtube tapi malaslah nak bubuh. lama sangat, tertidur kalau korang tengok.

dengan terhasilnya post ini maka sahlah saya ini seorang science freak. sekian.

Saturday, 22 May 2010

ku bukan aku



lelaki ni nampak je macho. main rugby, main badminton, bola tampar semua dapat pingat lah, tapi..heheh
dia takut nak pegang hamster. dia penah kata cita2 dia nak dapat pegang hamster.
dia takut nak tengok cerita seram. dia kata dalam berpuluh2 movie dalam laptop dia, tak ada satu pun cerita seram.
dia suka perisa strawberry. lagi2 yoghurt drink perisa strawberry.
dia teman ummi dia beli kain.
dia angkat baju dekat rumah bila kering, dia ampai baju bila basah.
dia bawak adik dia naik motor jalan2 bila petang.
dia suka dengar lady gaga.
dia kata lagu tilu, ku bukan aku best.
dia tengok semua episod how i met your mother.
dia tengok adamaya.
dia suka letak air kosong dalam botol air coke lepas air coke habis.



tau tak sume benda tu buat dia sangat comel. saya suka dia yang comel macam tu :)

Friday, 21 May 2010

psp

hai..saya gembira hari ini sebab tadi psp saya dah sampai. saya beli kat ebay je.












macam cool gila bila ada psp.dah la pompuan ada psp pulak tu..cool dowhh..hoho..tak adalah..ni yang kawan pesan dari malaysia sebenarnya. kalau kat rumah menyampah betul selalu kalah kalau main psp atau ps2 ngan adik2.alang2 tak sampai malaysia lagi sayalah tuan punya psp ni.heheh. bolehlah guna dalam plane nak balik malaysia nanti sebab saya naik egypt air..tak ada entertainment :( tiket murah la kan.

p/s : saya dah ada twitter. juek la yang buatkan. terima kasih ye :)

rezeki

semalam masa usrah giliran saya untuk kasi tazkirah. eceyyhhh baik pulak bunyi. alang2 saya dah cari bahan untuk sampaikan tazkirah tu, saya nak share jugak lah kat sini. jom kita berbicara tentang rezeki.

apa maksud rezeki dalam Islam

kita selalu kalau rezeki mesti kita fikir dari segi material kan? makanan ke kereta ke duit berbilion bilon ke. tapi sebenarnya rezeki ni bukan hanya terhad pada wang dan harta sahaja. kalau kita memberi, Allah membalas kita dengan bentuk yang pelbagai dari segi material dan spiritual.

apa yang kita buat yang boleh kita menerima rezeki ni?

pemberian dan sumbangan kita adalah sumber terbukanya rezeki. habis tu susah la kalau saya miskin. dah la miskin, macamana nak sedekah kasi2 orang makan. lepas tu sampai bilalah saya miskin sebab saya tak ada rezeki sebab saya tak memberi. sebenarnya pemberian dan sumbangan ni bukan itu sahaja. ya betul, sedekah adalah salah satu sumber terbukanya pintu rezeki. tapi banyak lagi sebenarnya skop sumbangan ni.

antaranya, membantu orang buat benda baik, mengajak orang kepada kebaikan, menahan diri dari maksiat. jadi, apa sahaja sumbangan tidak kiralah idea, nasihat,tenaga, masa, perasaan, emosi boleh memberi anda rezeki.

tapi semua ini mestilah
1. ikhlas kerana Allah.
2. berupa sumbangan ke arah kebaikan.

tapi kita sentiasa tanya, aku dah menyumbang, tapi kenapa tak ada rezeki pon? apakah balasan aku di dunia?

Allah membalas kita dengan banyak cara, mungkin kita yang tak sedar.contoh balasannya adalah mungkin

1. keberkatan dalam rumahtangga.

2. kesihatan. dijauhkan kita daripada sakit, bencana,kemalangan. ada juga yang kena musibah tapi itu mungkin supaya kita lebih dekat denganNya.

3. zuriat.

4. harta. tidak semestinya harta yang nyata. mungkin dihindar dari mendapat kerja yang haram. direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatn haram.

5. sekeliling yang baik. mungkin rumah kita tak semegah mana tapi dapat jiran yang baik2, persekitaran yang tak ada pencemaran dan kenderaan yang kita pakai pun kalau tak hebat mana tapi tak pernah rosak2.

6. dapat keputusan peperiksaan yang baik. mungkin kita tak belajar hard sangat pun tapi dapat juga keputusan yang elok.

terlalu banyak cara Allah membalas kebaikan kita. yang hanya menjadi penghalang adalah kita sendiri. buatlah sumbangan kerana bukan sahaja orang lain yang dapat manfaat tapi kita juga mendapat balasan atau rezeki. :)

Saturday, 15 May 2010

let's play with statistics, shall we?



have u heard about Millenium Development Goals? the first time i heard of it when i have to do a presentation about it back in my kyuem years. it is aproject done by the United Nations in order to solve the problem of poor nations. They have galvanized unprecedented efforts to meet the needs of the world’s poorest. basically, they have 8 goals which are :

1. End poverty and hunger
2. Universal education
3. Gender Equality
4. Child health
5. Maternal health
6. Combat HIV/AIDS
7. Enviromental sustainability
8. Global partnership

this project started at 2000 and by 2015, it suppose to achieve its targets. so here are some informations that i want to share.

1. eradicate poverty and hunger

in 2007,55.5% of employed peoples from sub-saharan africa earn less than 1$ a day while in europe, there are no one which lives under this circumstances. could u imagine earning only 30$ a month while we sometimes spent that amount in a day?

in 2006, the number of children under five in developing countries who were underweight still exceeded 140 million.



2. achieve universal primary education

in sub-saharan africa,the net enrolment ratio has only recently reached 71% ,even after a significant jump in enrolment that began in 2000(54% in 2000) which is around 38 million of children. and yes, the main factor is the poverty grip.



3. promote gender equality and empower women

only 89 girls per 100 boys that enroll in primary schools and 80 in secondary schools in sub-saharan africa compared to 100% in developed countries.

job oppurtinities for women are open up, but often remain trapped in insecure, low-paid positions.

4. reduce child mortality

in 2006, 157 per 1000 childrens under five die in africa. this is about 3/20 which is 4.7 million.

the leading causes of childhood death is pneumonia, measles, diorrhea, malaria and undernutrition.

this is it about this time. tak larat dah nak menulis. nanti banyak sangat pula fact korang nak absorb..hehe

so u guys, do be grateful for what we have now. we are wayyyyy better than those people. belajar pun bawah pokok je. ini kita dalam kelas dulu panas sikit pun dah komplen2. makan benda sama 2 hari berturut2 pun komplen. diorang dari kecil lagi kena struggle untuk hidup. bersyukurlah kita dengan nikmat tuhan berikan.

Thursday, 6 May 2010

tak cute langsung okayy

saya cukup berbulu bila ada orang yang tak pandai mengeja tidak kiralah dalam facebook atau sms atau apa sahaja alat media masa telekomunikasi ni.

saya boleh terima lagi perkataan2 yang dipendekkan asal yang tak melampau lampau. tapi yang ni serius sakit mata.

"eee xcuke la.."
"alaa tomeynye!"
"cayunk awk :)"
"cian kat caye :("

eee gelilah. anda tak nampak cute pon dengan mengeja cara macam tu. bukannya kecik lagi nak berpelat pelat.tolonglah berubah.

oh ada jugak rakan yang mengeja ;

ty untuk thank you
uw untuk your welcome
mb untuk maybe

adeh..gila pemalas. ym kot. bukan susah nak panjangkan sikit. saya yang muda ni faham la.walaupun dah tak berapa muda. kalau yang tua sikit baca macamana? kesian orang tu. nasib baik saya suka kawan dengan dia *tiba*

Sunday, 2 May 2010

40 days to go



saya sangat teruja bila dengar lagu ni. lagu ini sangat berinspirasi dan bersemangat. inilah lagu tema untuk world cup FIFA 2010 di south africa. rasa seperti ingin terbang ke africa sahaja. dah la saya memang nak ke africa. tambah lagi ada perlawanan langsung pulak. tak apalah tak dapat pergi tahun ini. insyaAllah tahun depan dapat ke sana untuk servis komuniti.


oh saya harap sangat pasukan pilihan saya dapat ke final dan menang world cup untuk tahun ini. VICTORY TO GERMANY!!!!! kesianlah pada saya. dah dua kali world cup saya menaruh harapan dan memberi sokongan padu walaupun di balik kaca tv sahaja. YOU GO GERMANY!!!


tapi sedih la, hero saya sudah takde tahun ni. meet my hero,



tadaaaa...oliver kahn! saya sangat suka lah dia. cara dia lompat nak tangkap bola, awwww...mencairkan hati saya. mantap. walaupun tak handsome dan sudah tua, tapi saya sukalah. mungkin juga sebab side burn dia panjang kot.

Saturday, 1 May 2010

majulah sukan untuk negara

seronok betullah bila tiba waktu spring ni. masa ini lah saya boleh mula senaman balik. perasan macam sebelum ni selalu buat je :p . oh masa spring ni banyak senaman2 tidak formal berlaku. cuba rujuk gamba di bawah.



memanjat pokok adalah suatu riadah yang menyeronokkan.



dan terasa seperti diri anda tyra bank atau next top model.



tidak lupa juga atlet diving negara.




ini pula senaman pengempisan perut dan pengecilan punggung.


bekas pasukan atlet gimrama. cuma pada seketika dahulu, kami memakai sweater bertuliskan malaysia.



bekas pasukan atlet gimrama malaysia performing without balls, ribbon or whatsoever.



yeah! acara lari berpalang.


juga tidak ketinggalan martial art; judo. (sesi 1)

(sesi 2)


wah2..tuju selipar. raikan yang lama. riakan yang baru. ha amek. tradisional pun ada.


pasukan pemenang! wuuuuyeaaahoooooo!!!!!

cuba lagi tahun depan ye...boooooooooooooo!



ini baru early spring. untuk menempuh sepanjang spring dan sedikit summer ini tak taulah apa yang kami bakal isi nanti.