Saturday, 5 June 2010

summer


salam. saya baru habis satu paper semalam. math for scientist. alhamdulillah boleh jawab. nak tahu tak, saya tak tahu sebelum saya exam tu bahawa dalam exam math tu tak boleh guna kalkulator. masa duduk nak jawab soalan tu baru tahu kalkulator tak boleh digunakan. hampeh betol. nasib baik tak de kesulitan yang kronik sebab sebelum ni saya langsung tiada latihan menjawab soalan tanpa kalukulator. nasib baik juga otak saya yang dah lama tidak mencongak congak ni masih boleh berfungsi dengan baik. heh.

semalam jawab exam, panas gila dowh. sekarang dah nak masuk summer dah. kalau summer ni memang siang panjang ah.




gambar tu pulu 5.00 pagi tu woo.. dah ada cahaya matahari nampak? pukul 4.00 tu dah cerah dah. subuh pulak pukul 3.oo pagi.


ha ni pukul 9.00 malam. serius cam 6.00 petang. best jugak siang panjang ni. boleh keluar main petang2 lama2. kalau dulu masa kecik2 pukul 7.00 dah kena balik. kalau summer ada kat malaysia memamg heaven ah zaman sekolah rendah dulu.

tapi siang panjang ni pun ada masalahnya. disebabkan subuh masuk pukul 3.00 pagi, kau akan didatangi dilemma hendak tidur pada pukul selepas 3.00 pagi atau tidur awal dan bangun pada pukul 3.oo pagi. kerana kalau kau tidur pukul 1.00 pagi kemungkinan untuk tidak bangun subuh yang awal itu adalah sangat sangat besar.

ataupun kalau jenis insan yang study malam atau yang bajet siang enjoy2 malam baru nak study pasti kau juga ada masalah. ye lah, lepas2 sembahyang maghrib dah pukul 10.00. dah mengantuk dah. makan2 dinner pastu sembahyang isyak dah 11.00 lebih. agak lewat kan. bukak2 internet jap last2 tidur ah. tak study jugak.

ha tulah summer. apart from free show mat2 minah2 salleh yang memakai bikini dan lepak2 tapi bukan di pantai tapi di luar tingkap saya sahaja. maybe saya patut ambil gambar situasi itu juga. heheh.

25 hari lagi nak balik malaysia...wohooo!
ha

No comments:

Post a Comment