sebenarnya, binatang2 ini adalah yang jenis jinak dan boleh dibuat binatang peliharaan. ia adalah native pets dan kebanyakan dari mereka berasal dari australia.
ini bilby. dia macam arnab sebab dia makan sayur. tapi dia makan juga labah2 dan serangga kecil2.
ini pula quoll. dia macam kucing cuma ada bintik kat belakang dia. saiz dia pun macam kucing.
tadaa! makhluk ni nama dia bush rat. dari nama pun korang tau dia macamana kan. dia suka lompat2 and hop over the landscape. nama aje rat tapi bukan macam tikus metropolitan yang kotor tu ye.
antechinus. dia makan labah2, cicak, kumbang dan mungkin jugak tikus kecik. oh fakta menarik. antechinus jantan akan mati selepas mengawan sebab keletihan. si betina akan lahirkan dalam 8 ekor anak dan anak2 tu akan bergantungan dekat tempat susuan ibu dia yang di dalam kantung ibunya. lepas anak2 tu tinggalkan kantung tu, si betina tu pun mati.
ini wombats. comel kan. dia besar jugak lah. macam anjing saiz dia. atau mungkin lebih besar. wombats sangat playful dan setia, sesuai dijadikan binatang peliharaan. kalau siapa2 lonely boleh la bela wombats ni. heh. tapi masalahnya wombats ni powerful digger dan suka menyorok. kalau bela kat rumah abis mak2 marah2 rosak bunga yang diorang tanam.
korang kalau tengok cerita ice age, yang jadi watak utama tu, inilah dia. possum. comel jugak tapi lama2 saya tengok macam geli pulak. dia makan buah- buahan je. senang lah nak bela dia.
last but not least, blue tongue. dia boleh hidup 20 tahun dan hanya perlukan maintanence yang sedikit. hanya perlu sediakan akuarium ikan yang lama, cahaya dan makan 2 kali seminggu. saya terliur nak bela awak sebab tu saya cerita pasal awak last sekali. save the best for last. :)
oh dan satu lagi fakta menarik. napoleon dulu bela wombats!
hop las skali tu geli jah napok...errkkk....
ReplyDeletebiar betik najah ko nk bela hak yg last tu...
ReplyDeletegood substitute for iguana apa..comel laa..cuba tgk byk2 kali
ReplyDelete