Sunday, 27 June 2010

me myself and i

mengapa perlu ada satu album dalam facebook yang hanya mempunyai gamba anda seorang berusaha berposing cute bagai nak rak? tak perlu kot album me myself and i, aku seadanya, atau innocent me. lepas tu pose pulak mesti nak muncung2 mulut jegil mata besar2 konon2 cute. tak cukup lagi tambah glitter2, corak love, ada ayat2 yang konon2 cool dan kasi nampak gloomy macam ada kabus tu. kadang2 tu ada 2 3 album macam ni.

lepas tu caption pulak memang takleh blah. saja je nak suruh orang komen kata yang dia comel. ye la anda memang comel tapi tak rasa menyusahkan ke kena posing pakai cantik2. lepas tu ambil gambar banyak2 kali dari setiap angle lepas tu nak edit2 lagi. haih. bazir masa. masak burger lagi baik.

panjang pulak saya membebel. tak rock betul. benda macam ni pun nak bising. ahah

Thursday, 17 June 2010

boringlah bela kucing



memandangkan saya dah habis exam dan boring tak tau nak buat apa, saya nak perkenalkan kat korang beberapa binatang yang mungkin korang tak pernah kenal. saya pun baru je kenal lepas buat research sikit. hehe.

sebenarnya, binatang2 ini adalah yang jenis jinak dan boleh dibuat binatang peliharaan. ia adalah native pets dan kebanyakan dari mereka berasal dari australia.




ini bilby. dia macam arnab sebab dia makan sayur. tapi dia makan juga labah2 dan serangga kecil2.


ini pula quoll. dia macam kucing cuma ada bintik kat belakang dia. saiz dia pun macam kucing.


tadaa! makhluk ni nama dia bush rat. dari nama pun korang tau dia macamana kan. dia suka lompat2 and hop over the landscape. nama aje rat tapi bukan macam tikus metropolitan yang kotor tu ye.


antechinus. dia makan labah2, cicak, kumbang dan mungkin jugak tikus kecik. oh fakta menarik. antechinus jantan akan mati selepas mengawan sebab keletihan. si betina akan lahirkan dalam 8 ekor anak dan anak2 tu akan bergantungan dekat tempat susuan ibu dia yang di dalam kantung ibunya. lepas anak2 tu tinggalkan kantung tu, si betina tu pun mati.


ini wombats. comel kan. dia besar jugak lah. macam anjing saiz dia. atau mungkin lebih besar. wombats sangat playful dan setia, sesuai dijadikan binatang peliharaan. kalau siapa2 lonely boleh la bela wombats ni. heh. tapi masalahnya wombats ni powerful digger dan suka menyorok. kalau bela kat rumah abis mak2 marah2 rosak bunga yang diorang tanam.


korang kalau tengok cerita ice age, yang jadi watak utama tu, inilah dia. possum. comel jugak tapi lama2 saya tengok macam geli pulak. dia makan buah- buahan je. senang lah nak bela dia.


last but not least, blue tongue. dia boleh hidup 20 tahun dan hanya perlukan maintanence yang sedikit. hanya perlu sediakan akuarium ikan yang lama, cahaya dan makan 2 kali seminggu. saya terliur nak bela awak sebab tu saya cerita pasal awak last sekali. save the best for last. :)

oh dan satu lagi fakta menarik. napoleon dulu bela wombats!

Wednesday, 16 June 2010

binatang betul



cerita ini dari juek.


"aku terkejut bukak twitter tadi.

najahabdullah @aliaaa13 binatang betul la kak aliaa

hoh, kasarnya najah cakap. kenapa ni?
scroll2 bawah.


pokemon?
scroll2 bawah lagi.

najahabdullah aku br tau kewujudan binatang bernama chinchilla..ingat dah tau sugar glider dah tau semua dah

la aku salah baca rupanya"

tak faham? sila baca dari bawah ke atas. itulah dia. nada bacaan sangat penting. salah nada salah maksud. ada ke aku cakap kat aliaa binatang. ahah. juek2


chinchilla


sugar glider

*kalau tak paham jugak maksudnya kau tak de twitter.

Monday, 14 June 2010

pemadam superman




korang guna lagi tak pemadam yang macam ini? inilah pemadam aku . pemadam inilah yang aku guna buat exam, dan semua jenis kerja sekolah. ini bukan sembarangan pemadam. ini pemadam kawan2 aku yang kasi masa aku nak fly kat airport. heh. ni diorang.

desperate housewives

dulu masa sekolah rendah pakai pemadam macam tu je. takdenya nak pakai pemadam stabilo exam grade tu. sepuluh sen je satu. lepas waktu rehat pegi ko-op beli satu gamba hello kitty. tak pun gamba power rangers ke. terliur jugak nak pakai pemadam yang bentuk strawberry bentuk buah orange siap ada bau2 tapi manalah mampu. duit belanja sekolah pun 50sen je ibu kasi. ibu kata dah bawak bekal tak payah duit banyak.

stabilo exam grade

lepas tu pemadam banyak2 tu buat main selambut ke. main tindih2 pemadam ke. tipulah korang tak pernah main. oh how i miss those time. cuba bayang kalau sekarang aku ajak coursemate2 aku main selambut sementara tunggu lecturer masuk. heh.

sekian. aku nak tidur.






Friday, 11 June 2010

kiriman

si polan : najah, bila ko balik malaysia.

najah : 29th june. nape?

si polan : belikanlah aku buah tangan ke souvenir ke eh?

semua orang pon macam tu. kalau kau tak baik sangat dengan aku tak payah lah nak mengirim macam2. ada nak jersi lah, perfume lah, baju universiti lah. orang yang baik2 ngan aku pun tak kirim2 barang. sebelum ni tak bertegur sapa. dah2 nak balik ni ramai pula yang beramah mesra.

ingat satu kapal terbang tu bawak barang aku je ke?

Wednesday, 9 June 2010

taste orang lain-lain

tentu kita ada kriteria yang kita suka pada seseorang. baik fizikal atau sifatnya. kriteria ni yang membuatkan kita tertarik pada dia. taste orang lain2. sepanjang saya berkawan ni, saya sempat observe beberapa kawan saya yang mepunyai taste masing2. (bukan nama sebenar)

farah hazwani : sukakan lelaki yang comel2.

ainol : sukakan lelaki yang pandai bertukang, pandai main drum.

juek : suka lelaki cool, x banyak cakap.

farahani : suka lelaki pakai spek.

liyana : suka lelaki yang gelap, dan lelaki yang lelaki, if u know what i mean.

maji : suka lelaki yang naik superbike.

simaa : sukakan lelaki yang matanya mengantuk, bibir yang mcm ala2 joker sket. dan berbulu belakang (yang ini kurang pasti)

mior : suka perempuan chubby2, putih2.

belle : suka lelaki yang pandai tangkap gambar. heh.

anah : suka lelaki tinggi dan gelap.

tapi yang jadi pasangan kita tak semestinya yang ada kriteria ni kan. kadang2 gila deviate. iye lah, kita sukakan seseorang tu bukan dari satu aspek sahaja kan. banyak benda yang boleh buat kita sukakan dia. tengok dia kasi kucing makan pon kita boleh jadi suka.

oh yang seorang ni best,

anis : tak nak lelaki yang kita kena explain lawak yang kita buat.

dan saya pulak? saya suka lelaki kerempeng. heh

p/s : nampaknya lelaki yang gelap ramai orang suka.

Saturday, 5 June 2010

summer


salam. saya baru habis satu paper semalam. math for scientist. alhamdulillah boleh jawab. nak tahu tak, saya tak tahu sebelum saya exam tu bahawa dalam exam math tu tak boleh guna kalkulator. masa duduk nak jawab soalan tu baru tahu kalkulator tak boleh digunakan. hampeh betol. nasib baik tak de kesulitan yang kronik sebab sebelum ni saya langsung tiada latihan menjawab soalan tanpa kalukulator. nasib baik juga otak saya yang dah lama tidak mencongak congak ni masih boleh berfungsi dengan baik. heh.

semalam jawab exam, panas gila dowh. sekarang dah nak masuk summer dah. kalau summer ni memang siang panjang ah.




gambar tu pulu 5.00 pagi tu woo.. dah ada cahaya matahari nampak? pukul 4.00 tu dah cerah dah. subuh pulak pukul 3.oo pagi.


ha ni pukul 9.00 malam. serius cam 6.00 petang. best jugak siang panjang ni. boleh keluar main petang2 lama2. kalau dulu masa kecik2 pukul 7.00 dah kena balik. kalau summer ada kat malaysia memamg heaven ah zaman sekolah rendah dulu.

tapi siang panjang ni pun ada masalahnya. disebabkan subuh masuk pukul 3.00 pagi, kau akan didatangi dilemma hendak tidur pada pukul selepas 3.00 pagi atau tidur awal dan bangun pada pukul 3.oo pagi. kerana kalau kau tidur pukul 1.00 pagi kemungkinan untuk tidak bangun subuh yang awal itu adalah sangat sangat besar.

ataupun kalau jenis insan yang study malam atau yang bajet siang enjoy2 malam baru nak study pasti kau juga ada masalah. ye lah, lepas2 sembahyang maghrib dah pukul 10.00. dah mengantuk dah. makan2 dinner pastu sembahyang isyak dah 11.00 lebih. agak lewat kan. bukak2 internet jap last2 tidur ah. tak study jugak.

ha tulah summer. apart from free show mat2 minah2 salleh yang memakai bikini dan lepak2 tapi bukan di pantai tapi di luar tingkap saya sahaja. maybe saya patut ambil gambar situasi itu juga. heheh.

25 hari lagi nak balik malaysia...wohooo!
ha