Tuesday, 19 April 2011

misteri wohohoooooo

benda2 misteri ni memang kita suka kan? macam rasa teruja nak tau apa yang sebenarnya. oh tidak2 misteri di sini bukan bermaksud misteri nusantara atau entiti2 tidak diketahui itu.

apa yang aku maksudkan ialah orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan. macam bila kita baca buku misteri 5 sekawan dulu2 karya Enid Blyton tu. mesti nak baca jugak sampai habis sebab nak tau siapa sebenarnya dalang di sebalik benda2 misteri tu.

bila dah besar pun sama. kalau tengok cerita, mesti akan tengok sampai habis sebab nak tahu ending dia. walaupun cerita tu tak misteri pun, tapi untuk tidak tahu endingnya tu, misteri lah kan. lainlah cerita karya skop production. huahua. yang tu dah boleh agak dah ending dia.

macam aku ada follow satu blog yang aku suka baca ni, tapi aku tak tahu sapa pengeblog dia. yang lagi aku geram ialah aku tau dia adalah super senior kolej aku dan pernah belajar di salah satu universiti terkemuka dekat london. jadi elemen misteri ni membuatkan aku lagi nak baca blog dia. dan elemrn misteri nilah jugak yang boleh membuatkan aku berangan apa rupa dia dan karekter dia mengikut yang aku suka. macam kita baca buku berbanding dengan tengok filem yang telah diadaptasi dari buku tersebut. baca buku boleh berangan apa je yang aku nak mengikut taste aku. filem tak boleh.

oh tapi akhirnya aku tahu jugak sapa pengeblog misteri tersebut. bukannya aku stalk dia eh. tapi kawan aku yang semangat stalk. hehe. terima kasihlah mior kau dah buat aku kurang sedikit bersemangat membaca blog dia. ok tipu aje aku masih bersemangat.

ha samalah macam kalau kita stalk orang kat facebook. heheh. bukannya kita busy body sangat nak tau kehidupan orang tapi sebab elemen misteri ni lah..ye.!. aku salahkan elemen misteri ini!

oh dan jugak anonymous2 yang pernah komen kat blog aku yang sememangnya tidak hot dan diketahui orang ini. lagilah misteri. tipulah kalau aku cakap aku tak ada rasa ingin tahu siapa yang komen kan?

tapi bagus sebenarnya misteri ni. kalau tak ada rasa misteri, takkan punya isaac newton tu tau pasal graviti bila epal tu jatuh dari pokok. takdenya galileo galilei mencipta teleskop sehebat 30x magnifikasi. takde punya michelle melodi bersemangat menerjah artis2 kontroversi tanah air. eh?

em tapi yang paling misteri, adalah kehidupan selepas ini, kehidupan di alam barzakh dan selepas kita dibangkitkan nanti. yang tu memang misteri habis, jadi kita kenalah menjadikan rasa misteri ini penguat usaha kita supaya amal maaruf nahi mungkar supaya kita mendapat yang terbaik nanti. peringatan untuk aku juga.

jadi, manfaatkanlah rasa misteri ini kepada yang paling terbaik. bukannya bergosip menanyakan hal2 tak berfaedah tapi gerakkan akal untuk mencipta, mengungkap rahsia alam dan meningkatkan amal.

Thursday, 7 April 2011

Ya Allah ya tuhanku, berikanlah rasa cinta terhadap-Mu,
berikanlah rasa cinta terhadap orang yang mencintai-Mu,
dan berikanlah rasa cinta terhadap perkara yang mendekatkan diriku kepada-Mu

Tuesday, 5 April 2011

bosan

slow dance on prom night

should dim the light.

keliru owh keliru owh tolong

aku ada satu persoalan yang sudah lama benor aku terpikir dan aku pendam dalam benak pemikiran aku ni sejak aku muda remaja lagi.

jikalau seekor nyamuk terbang di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak, adakah nyamuk itu juga terbang sama laju dengan kereta atau dia terbang lek2 je macam biasa. sebab dia bukannya duduk atas seat kereta macam kita. dia di awang-awangan terbang dengan riangnya. boleh juga ye jika anda gantikan dengan apa2 objek terbang yang anda ingini ye mana tau anda tak gemor dengan nyamuk.

jadi aku merasa confuse di sini. kalau betul nyamuk tu terbang selaju kereta, kalau ada member nyamuk tu terbang dekat luar kereta, mesti lah nyamuk kat luar tu pun boleh terbang selaju nyamuk yang dalam kereta. tapi ikut logiknya, mana ada nyamuk terbang laju macam tu ye dak? nak terbang straight pun tak boleh. peh. so maknanya di sini, nyamuk dalam kereta tu mestilah terbang lek2 je mcm biasa.

kalau tak boleh macam tu, mesti nyamuk yang terbang macam biasa dah lama dah terpenyek dekat cermin belakang kereta tu kan? kan kan? paham tak??

jadi macam mana boleh jadi macam tu ye? aku ada belajar theory of relativity yang ada sebenarnya kaitan sikit2 tapi aku tak dapat nak kaitkan betul2.

macam orang yang luar train akan nampak aku yang berjalan dalam train sangat laju tapi orang yang dalam train nampak aku jalan biasa je. atau orang yang baling bola dalam train akan nampak bola tu jatuh straight walhal yang di luar nampak bola tu jatuh berbentuk parabola.

aku confuse owh.