Wednesday 29 December 2010

edinburgh, scotland


minggu lepas aku pergi edinburgh. so sini aku nak cerita sikit pasal trip aku ke edinburgh and semua benda berkaitan. masa hari aku nak pergi ke sana, kebetulan hari tu snow turun yang kaw2 punya. banyak kapal terbang dengan train kena cancel trip diorang. termasuklah flight aku dari london ke edinburgh. maka kami bersedih sedihan kerana sudah pack semua barang semangat2 nak pergi jalan tiba2 sampai airport flight kami cancel. lepas tu kami menggunakan alternatif transfer ke glasgow which is sejam lebih dari edinburgh dan dari situ kami terpaksa naik teksi ke edinburgh sebab dah sampai lewat malam public transport sudah tak de. ingat nak tido je kat stesen tunggu bus esok tapi sejuk nak mampos tahap dewa mebuatkan kami akur menaiki teksi.

kitorang tumpang rumah bandung dengan maji. mereka sangatlah baik hati. masakkan breakfast, dinner, semua lah. kitorang tido, bangun2 dah ada makanan. diorang bawak kitorang jalan2. memang best lah korang!

aku suka sangat edinburgh. pasal apa tau, bangunan dia sangat lama yang ala2 klasik kau rasa macam kau dalam cerita dr jeckyl and mr hyde.





edinburgh castle

bandung cerita zaman2 dulu edinburgh dekat kawasan old town sangat padat sampaikan ada rumah2 bawah tanah. rumah2 tu still ada sampai sekarang. tapi time tu edinburgh sangat kotor dan ramai yang dalam rumah bawah tanah tu mati sebab ventillation problem.

oh kat sini jugak accent diorang unik. bunyi 'R' diorang sangat obvious macam orang india cakap omputeh. agak susah nak faham apa diorang cakap.

kitorang jugak pergi try main ski :) . best owh tapi tak cekap lagi. nanti nak pergi sekali lagi. tapi kan tak tahan la sejuk sangat kot. dia sejuk yang kaki dengan tangan kau tak dapat rasa apa2 dan terasa digigit2 sakitnya. dah la boot untuk ski macam robocop.. nak turun tangga pon susah. tapi overallnya memang marvellous lah.

rempit ski

gambar aku yang tak tertutup mata..huhu

best kan best kan? jangan jeles..heheh..apa2 pun terima kasih banyak2 bandung dan maji. korang sangat best. oh dan aainaa jugak sebab tumpangkan bilik. tanpa korang siapa lah kami. ada jodoh kita ketemu lagi. :)

oh terlupa nak letak few pictures from rumah ilusi optik ini :D









cheerios, bye!

2 comments: