Wednesday, 14 April 2010

fikiran jahat semasa beratur

kalau kat uk ni, dekat london, nak ke mana2 naik tube. tube ni macam LRT la cuma dia semuanya underground. tapi agak cekik darah juga pengangkutan di london ni. mahal.


peta underground london

jaringan transit rapid kuala lumpur


cuba anda bezakan gambar2 dia atas. jauh lagi malaysia kalau hendak ke tahap maju. walaupun maju bukan hanya semata mata diukur dari aspek peta jaringan pengangkutan awam tapi ya, masih jauh.

oh bebalik kepada maksud asal, semasa hendak naik tube, saya beratur untuk topup kad oyster saya (seperti touch and go ). ada dua barisan dan mengikut intuisi manusia normal, saya pilih barisan paling pendek.

" eh, barisan tu kalau kira orang ada 5 je, sini masuk aku dah 7" saya bermonolog.

lalu saya bertukar barisan.

" aik, barisan tadi macam cepat je gerak. nak pindah ke? laju sikit. "

baru je nak melangkah untuk bertukar, "takyah2, tu ilusi je. tadi masa kat barisan tu pun aku pikir macam ni. stay je sini."

dan akhirnya, dan selalunya, mesti bila tiba giliran saya, saya lambat dan lagi cepat kalu saya stay pada barisan yang mula2 sekali.

paham tak? selalu macam tu. keadaan yang sama juga berlaku kalau saya sedang bawa kereta.
tengah bawa2 tiba2 ada lampu isyarat. konon nak cepat saya tuka barisan. kemudian tuka lagi dan akhirnya end up mcm kat stesen tube tu. atau apa2 barisan je la. selalu.

mungkin jalan penyelesaian terbaik ialah berhenti bermonolog semasa beratur tentang barisan tapi alihkan kepada bermonolg tentang lelaki2 kacak yang berada di sekitar atau mengira2 berapa banyak daya diperlukan untuk bergerak setibanya sampai giliran saya.


No comments:

Post a Comment