Friday 26 February 2010

Dikir oh Dikir

Kami pelajar Malaysia bakal mengadakan Malaysia Night di universiti saya ini. Kerana terasa saya Malaysian, saya pun join la juga salah satu perfomance untuk malam itu; dikir barat.

Hari pertama latihan; hmmm...saya agak terkedu. Wah, moden gler dikir barat ni. Tiada seperti dikir barat yg pernah saya lihat atau join sepanjang zaman sekolah dan kat kolej dulu. Saya pernah berkata pada seorang kawan saya,

" dikir barat is not suppose to be like this. this is so modern"

" what to do, we now in UK, have to improvise laa",

dush! agak bengang dengan jawapan yang diberikan oleh kawan saya itu.oohh..improvise ye...Dikir barat ini telah pun diimprovasi dengan lagu halo dan gaya ala2 diva beyonce serta diimprovasi lagi dengan bad romace, lady gaga dan gaya entah apa2 perempuan gaga itu. pelik bukan? Jika anda tidak merasa apa2 yang pelik, ok cuba bayangkan ini. Tarian zapin yang diimprovasi dengan gaya shuffle dan sedikit tempias2 hip hop. Serious pelik.

Saya ingat M night ini adalah untuk mempromosi budaya Malaysia kepada orang2 yang tidak pernah melihat budaya Malaysia atau mendengar nama Malaysia. Tetapi lain pula jadinya. Tup tup lagu dari budaya mereka juga yang mereka dengar.

No comments:

Post a Comment