Wednesday, 29 December 2010

edinburgh, scotland


minggu lepas aku pergi edinburgh. so sini aku nak cerita sikit pasal trip aku ke edinburgh and semua benda berkaitan. masa hari aku nak pergi ke sana, kebetulan hari tu snow turun yang kaw2 punya. banyak kapal terbang dengan train kena cancel trip diorang. termasuklah flight aku dari london ke edinburgh. maka kami bersedih sedihan kerana sudah pack semua barang semangat2 nak pergi jalan tiba2 sampai airport flight kami cancel. lepas tu kami menggunakan alternatif transfer ke glasgow which is sejam lebih dari edinburgh dan dari situ kami terpaksa naik teksi ke edinburgh sebab dah sampai lewat malam public transport sudah tak de. ingat nak tido je kat stesen tunggu bus esok tapi sejuk nak mampos tahap dewa mebuatkan kami akur menaiki teksi.

kitorang tumpang rumah bandung dengan maji. mereka sangatlah baik hati. masakkan breakfast, dinner, semua lah. kitorang tido, bangun2 dah ada makanan. diorang bawak kitorang jalan2. memang best lah korang!

aku suka sangat edinburgh. pasal apa tau, bangunan dia sangat lama yang ala2 klasik kau rasa macam kau dalam cerita dr jeckyl and mr hyde.





edinburgh castle

bandung cerita zaman2 dulu edinburgh dekat kawasan old town sangat padat sampaikan ada rumah2 bawah tanah. rumah2 tu still ada sampai sekarang. tapi time tu edinburgh sangat kotor dan ramai yang dalam rumah bawah tanah tu mati sebab ventillation problem.

oh kat sini jugak accent diorang unik. bunyi 'R' diorang sangat obvious macam orang india cakap omputeh. agak susah nak faham apa diorang cakap.

kitorang jugak pergi try main ski :) . best owh tapi tak cekap lagi. nanti nak pergi sekali lagi. tapi kan tak tahan la sejuk sangat kot. dia sejuk yang kaki dengan tangan kau tak dapat rasa apa2 dan terasa digigit2 sakitnya. dah la boot untuk ski macam robocop.. nak turun tangga pon susah. tapi overallnya memang marvellous lah.

rempit ski

gambar aku yang tak tertutup mata..huhu

best kan best kan? jangan jeles..heheh..apa2 pun terima kasih banyak2 bandung dan maji. korang sangat best. oh dan aainaa jugak sebab tumpangkan bilik. tanpa korang siapa lah kami. ada jodoh kita ketemu lagi. :)

oh terlupa nak letak few pictures from rumah ilusi optik ini :D









cheerios, bye!

Friday, 17 December 2010

berbuat baiklah pada binatang

aku ada bela ikan emas. lusa aku nak pergi edinburgh untuk 5hari. jadi aku tengah fikir macamana caranya nak biar ikan aku ni dapat makan dalam tempoh ketiadaan aku. ikan aku ni gelojoh betol. asyik makan je. kalau balik daripada kelas masuk2 dalam bilik terus dia cam kecoh2 berenang laju2 sebab dia ingat aku nak kasi dia makan.



tengok. buruk perangai kan ikan aku. agak2 sempat mencecah berapa cm tu. huhu ok nak mandi kejap lagi nak pergi ice skating. bye




Tuesday, 14 December 2010

muka sememeh

hari ini saya skype bersama satu family saya. seronok skype waktu cuti2 sekolah ni. sebab semua orang ada. nanti diorang cerita macam2. comel. lepas tu buat muka pelik2 dekat webcam.


tengok semua pun nak masuk dalam webcam tu. nanti kalau prof razak mohaideen nak buat lagi cerita sifu dan tongga boleh la panggil diorang ni jadi extra..hehe

Wednesday, 1 December 2010

the story of he and she

there is this boy. he likes a girl. he didn't say to her that he likes her. but everyone knows about that. even the girl. the girl pretend to not know. as well as the guy pretending not to like her. as time flies, it's been two years since. the girl thought the boy already forget her. but the end of the last term of that college, where everyone had to leave for their own path, he finally confess to her.

but the girl already had someone, for so long and she loves him. very much. the boy also know about that. he risks himself to know if he have a chance. but he doesn't.

why can't u wait just a bit more? if u really loves me? and u do had a chance.

*when it is too late, we always wish we can turn back time*

Friday, 19 November 2010

ku mahu hati yang bersih

aku bukanlah baik. tapi aku cuba untuk menjadi baik. at least menjadi kurang tidakbaik. aku cuba jaga yang zahirnya. tapi macamana nak jaga yang dalaman?

kau boleh untuk tidak mencuri, kau boleh untuk menjaga halal haram makanan, kau boleh untuk tidak menyakiti hati orang.

tapi tanpa kau sedar kau tak dapat mengawal benda yang tidak baik yang dalam hati kau. ok mungkin bukan kau. mungkin aku sahaja.

macamana nak elak dari mengata dan dari perasaan riak dalam hati kita? ya, kita tak sebut. kita tak berdialog ataupun bermonolog luaran. tapi kita berkata2 dalam hati kecik kita. atau hati besar. ikut lah.

contoh 1.
"eee yang laki hensem gila, yang awek dia dah la gemuk, banyak jerawat plak tu" bisik hatiku.

contoh 2.
"gila ah pergi genting pon nak pakai coat2 bagai. bajet cam oversea" kataku dengan riak mentang2 aku study oversea.

atau kau buat baik kemudian kau rasa bangga.

contoh 3.
"kasi derma lah kat masjid ni. dapat pahala sikit. wahh aku kasi derma ahh..orang lain tak kasi pun"

faham tak? macamana nak elak fikiran2 macam ni ni? aku takut sangat kalau aku terfikir lagi macam ni yang selalu jugak sebenarnya.

Ya Allah semoga aku kurangkan fikiran sebegini dan dapat hentikannya terus.





Saturday, 13 November 2010

great movies amazing soundtrack

ni favourite soundtrack boleh dikatakan dalam favourite movie aku arr (sila dengar sambil buat homework kalau tak membazir masa)

1.

2.

3.


kan best kalau aku pandai main any musical instrument. recorder tak kira lah. yang tu pun aku tak pas pasal jari kecik sangat tutup lubang tak penuh. aku teringin nak main violin.cello ke. mungkin nanti dah kerja aku amik class violin. ahah. mesti aku belajar ngan budak2 7 8 tahun. tapi kalau nak belajar tak kira umur ye dak
pergh best kalau aku pandai main. nak pergi mana2 naik lrt bawak violin kat belakang. cool gila wa cakap lu.

ok sekian


Friday, 12 November 2010

luahan seorang yang nak period

aku sekarang dalam keadaan mood swing. sikit2 nak marah. tapi marah dalam hati jela. buat muka2 sikit. orang tengok cepat2 cover cool. sikit2 nak terasa. tapi senyap jela. kadang2 ketap gigi. orang tengok cepat2 cover cool. sikit2 nak emo. lompat2 kegeraman. tendang2 kaki kerusi kalau tengah duduk. orang tengok cepat2 cover cool. sikit2 rasa nak jiwang. dengar lagu tangkap leleh. buat ayat berbunga2.tapi bila orang tengok cepat2 cover cool. sikit2 rasa jeolous. stalk facebook orang lepas tu jeolous tak tentu pasal walaupun tak tau apa cerita. tapi nasib baik yang ni orang tak nampak. sebab kalau tak aku memang tak boleh nak cover cool.


Envy is thin because it bites but never eats - Spanish proverb