Friday, 19 November 2010

ku mahu hati yang bersih

aku bukanlah baik. tapi aku cuba untuk menjadi baik. at least menjadi kurang tidakbaik. aku cuba jaga yang zahirnya. tapi macamana nak jaga yang dalaman?

kau boleh untuk tidak mencuri, kau boleh untuk menjaga halal haram makanan, kau boleh untuk tidak menyakiti hati orang.

tapi tanpa kau sedar kau tak dapat mengawal benda yang tidak baik yang dalam hati kau. ok mungkin bukan kau. mungkin aku sahaja.

macamana nak elak dari mengata dan dari perasaan riak dalam hati kita? ya, kita tak sebut. kita tak berdialog ataupun bermonolog luaran. tapi kita berkata2 dalam hati kecik kita. atau hati besar. ikut lah.

contoh 1.
"eee yang laki hensem gila, yang awek dia dah la gemuk, banyak jerawat plak tu" bisik hatiku.

contoh 2.
"gila ah pergi genting pon nak pakai coat2 bagai. bajet cam oversea" kataku dengan riak mentang2 aku study oversea.

atau kau buat baik kemudian kau rasa bangga.

contoh 3.
"kasi derma lah kat masjid ni. dapat pahala sikit. wahh aku kasi derma ahh..orang lain tak kasi pun"

faham tak? macamana nak elak fikiran2 macam ni ni? aku takut sangat kalau aku terfikir lagi macam ni yang selalu jugak sebenarnya.

Ya Allah semoga aku kurangkan fikiran sebegini dan dapat hentikannya terus.





3 comments:

  1. agakla kn..hm..takut juga kekdg byk mnde bermain dlm pikiran tnpa sedar.. =/

    ReplyDelete
  2. aku pn ado jgk kecek udoh dale hati. lagi2 taim smaye. taim tuh la sete mari dekat. sapa sero ragu2 ko Tuhan. Nauzubillah

    ReplyDelete
  3. marilah kita sama2 berusaha

    owh one way of avoiding riak is be grateful everytime u made good deed. because it is a reward when u can do that. not everyone manage to do good deed.

    ReplyDelete