Wednesday, 14 April 2010

fikiran jahat semasa beratur

kalau kat uk ni, dekat london, nak ke mana2 naik tube. tube ni macam LRT la cuma dia semuanya underground. tapi agak cekik darah juga pengangkutan di london ni. mahal.


peta underground london

jaringan transit rapid kuala lumpur


cuba anda bezakan gambar2 dia atas. jauh lagi malaysia kalau hendak ke tahap maju. walaupun maju bukan hanya semata mata diukur dari aspek peta jaringan pengangkutan awam tapi ya, masih jauh.

oh bebalik kepada maksud asal, semasa hendak naik tube, saya beratur untuk topup kad oyster saya (seperti touch and go ). ada dua barisan dan mengikut intuisi manusia normal, saya pilih barisan paling pendek.

" eh, barisan tu kalau kira orang ada 5 je, sini masuk aku dah 7" saya bermonolog.

lalu saya bertukar barisan.

" aik, barisan tadi macam cepat je gerak. nak pindah ke? laju sikit. "

baru je nak melangkah untuk bertukar, "takyah2, tu ilusi je. tadi masa kat barisan tu pun aku pikir macam ni. stay je sini."

dan akhirnya, dan selalunya, mesti bila tiba giliran saya, saya lambat dan lagi cepat kalu saya stay pada barisan yang mula2 sekali.

paham tak? selalu macam tu. keadaan yang sama juga berlaku kalau saya sedang bawa kereta.
tengah bawa2 tiba2 ada lampu isyarat. konon nak cepat saya tuka barisan. kemudian tuka lagi dan akhirnya end up mcm kat stesen tube tu. atau apa2 barisan je la. selalu.

mungkin jalan penyelesaian terbaik ialah berhenti bermonolog semasa beratur tentang barisan tapi alihkan kepada bermonolg tentang lelaki2 kacak yang berada di sekitar atau mengira2 berapa banyak daya diperlukan untuk bergerak setibanya sampai giliran saya.


Tuesday, 13 April 2010

minggu yang terbaik

hari2 sekarang dah tidak macam 2hari lepas dan hari sebelumnya dan sebelumnya dan sebelumnya. kalau tidak ada orang mainkan gitar sambil nyanyi, ada orang lecture, ada orang bawa adik dia untuk cakap sekali, ada orang yang perasan handsome, ada kanak2 comel pakai helmet.

aaahhh...rindunya. kena tunggu 2bulan lagi untuk dapat berhubung macam ni balik.

Saturday, 10 April 2010

bila cuti layan movie

kenapa bila ada je cerita yang berkenaan kolej ataupun orang putih panggil college life mesti bermula dengan seseorang yang baru pindah sekolah? ini membuatkan saya pun terasa ingin pindah sekolah kalau saya masih bersekolah.

oh oh dan ada satu cerita melayu yang begitu menarik perhatian saya. hikayat merong mahawangsa (the malay chronicles : bloodline)


gempak gila trailer dia. saya nak tonton filem ini. terima kasih kepada mior kerana tunjukkan saya trailer ini. nampaknya cerita melayu dah banyak peningkatan. kalau tidak bosan dengan filem2 skop production.

Saturday, 3 April 2010

seperti bercerita pada beruang teddy

benci bila saya bercerita bersungguh sungguh dengan sangat teruja dan ekspresi muka bersinar2 tapi orang yang mendengar memberi respon tidak seperti diharapkan. atau mungkin langsung tidak memberikan respon.

"bla bla bla bla bla bla dush piang po tebabooow" cerita saya.

lalu X menjawab,

"so?" tanpa riak muka.

aaahhh...frustnya......

Friday, 2 April 2010

italy trip!!

saya baru pulang dari italy. negara yang cantik. bangunan lama2 yang cantik. saya suka. kami sampai di milan,kemudian venice, florence, pisa dan akhirnya rome. best. pengalaman yang menarik. di sebalik melancong yang best tu ada juga benda2 yang tak best. macam tido kat railway station, kena pau, dan tipu kad kredit tapi tak menjadi. tapi semua2 ni bila ingat balik rasa nak tegelak pula. berikut adalah gamba2 yang paling terbaik ah sepanjang kat italy










the best part is, i already went to 2 of the seven wonders of the world!!! :D