Tuesday, 5 April 2011

bosan

slow dance on prom night

should dim the light.

keliru owh keliru owh tolong

aku ada satu persoalan yang sudah lama benor aku terpikir dan aku pendam dalam benak pemikiran aku ni sejak aku muda remaja lagi.

jikalau seekor nyamuk terbang di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak, adakah nyamuk itu juga terbang sama laju dengan kereta atau dia terbang lek2 je macam biasa. sebab dia bukannya duduk atas seat kereta macam kita. dia di awang-awangan terbang dengan riangnya. boleh juga ye jika anda gantikan dengan apa2 objek terbang yang anda ingini ye mana tau anda tak gemor dengan nyamuk.

jadi aku merasa confuse di sini. kalau betul nyamuk tu terbang selaju kereta, kalau ada member nyamuk tu terbang dekat luar kereta, mesti lah nyamuk kat luar tu pun boleh terbang selaju nyamuk yang dalam kereta. tapi ikut logiknya, mana ada nyamuk terbang laju macam tu ye dak? nak terbang straight pun tak boleh. peh. so maknanya di sini, nyamuk dalam kereta tu mestilah terbang lek2 je mcm biasa.

kalau tak boleh macam tu, mesti nyamuk yang terbang macam biasa dah lama dah terpenyek dekat cermin belakang kereta tu kan? kan kan? paham tak??

jadi macam mana boleh jadi macam tu ye? aku ada belajar theory of relativity yang ada sebenarnya kaitan sikit2 tapi aku tak dapat nak kaitkan betul2.

macam orang yang luar train akan nampak aku yang berjalan dalam train sangat laju tapi orang yang dalam train nampak aku jalan biasa je. atau orang yang baling bola dalam train akan nampak bola tu jatuh straight walhal yang di luar nampak bola tu jatuh berbentuk parabola.

aku confuse owh.


Friday, 11 March 2011

introducing Niko

my first stop motion animation :)

enjoy!




not very clear though :(


Saturday, 26 February 2011

hati aku sakit dan aku perlu ubat.


sebagai peringatan untuk aku yang selalu lupa.

kenapa kita selalu tak buat benda yang kita diperintahkan Allah untuk buat? atau kenapa kita tak istiqamah (maintain) dalam melakukan benda2 baik itu?

sebab kita tak rasa suka bila kita buat tu. kita tak rasa kemanisan iman. dan kenapa kita tak rasa kemanisan iman tersebut? sebab hati kita sakit.

janganlah merokok.


analoginya kalau kita suka makan pengat pisang tapi masa tu ada ulser dalam mulut. kita suka macam mana pun kita tak dapat merasakan nikmat pengat pisang tu. padahal pengat pisang tu best kot lagi2 buat minum petang dengan air teh sambil gossip2..oopps.

ha samalah macam kalau hati kita sakit, kita buat apa pun kita tak rasa kesedapan dalam membuat perkara tu. kita tak rasa manis dia. kan nampak kan analoginya?

jadi kita kenalah ubati hati kita dulu. memang lah sakit sikit tapi takkan kita tak nak dapat feeling makan pengat pisang sampai bila2 kot. taruk lah bonjela sikit.

dalam mengubati hati pula, ada 5 ubat yang kita boleh ambil yang kita tak payah susah2 pun nak pergi farmasi.

1. membaca al-quran dan maknanya.

2. bangun solat malam.

3. berkawan dengan orang2 soleh.

4. berzikir pada waktu malam.

5. berpuasa.

jadi, dengan mengikuti prescription ini tanpa mengelat dan menggeliat (eh?) insyaallah, hati kita sedikit sedikit akan terubat. ha lepastu kita pun dapat lah rasa manisnya iman tu lepas tu kita pun jadilah suka bila melakukan benda2 maaruf dan lepastuh kita pun dapatlah buat semua tu dengan istiqamah...fuhhh...

oh pengat pisang sedap owh!

p/s: thanks kak ajah for the worthwhile morning.

serta paksa

aku search untuk video oleh mamat tersohor malaya sekarang ni, mat luthfi dekat youtube. ala korang mesti kenal je kan. aku search video serta paksa, saja nak tengok untuk keberapa puluh kalinya.aku type 'serta paksa'. lepas tu keluar...

did you mean: cerita panas?

apakah? boleh pulak youtube kaitkan 'serta paksa' dengan 'cerita panas'. haih memang rosak. orang kita suka sangat upload video2 berunsur erotik lepas tu bubuh tajuk kontroversi-yang-kalau- kau-lelaki-gersang-atau-budak-form-3-dalam-peringkat-berperasaan-ingin-tahu-pasti-akan-tekan.

cuba buat video macam mat luthfi tu. kan sepuluh kali lebih baik. ada jugak mesej berfaedah di samping menjana kekreatifan korang.

sekian.

p/s: sebenarnya nak bubuh gambar website youtube yang aku cakap tu tapi tak pandai. ahah


Sunday, 20 February 2011

not a comedy show


i was watching a game show called family fortune just now. it is like u have to give out answers according to surveys. and two groups competing with each other to earn the biggest point.

the question is, an object that make things look bigger.

"a magnifying glass",
" telescope",
"binocular",
"microscope",
" a ruler"....

me: what?

audience laugh..teettt! not in the survey

"a squint"

ha? how?

" yes, anything looks bigger with a squint"

oo yess he is squinting..do u see the objects bigger heh clint?

audience laugh again. teeettt!

"a stetoscope"

hahahahahaha! gelak guling2 tendang2 lantai.

teeetttttt!!!! you have lost your last chance. ok the other group, what is your answer.

"mirror"

??????

"i always look big in a mirror" (- .- ')

seorang makcik yang sihat walafiat menjawab.

tetttt!!!

the host: let see the remaining answer. tininininin...padded bra.

hahahahah! the funniest episode that i ever watch :DDDD




Wednesday, 16 February 2011

amazing people

semasa aku beratur untuk membayar barang di Costcutter (takdelah cut cost pun even on special offer) di uni, pandangan aku tertarik kepada seorang perempuan ini yang sedang dalam proses pembayaran. dia adalah seorang perempuan istimewa yang tiada kedua2 belah tangan yakni kudung sampai ke siku.

Ya Allah aku sangat amaze dengan dia. lepas makcik tu bubuhkan barang2 dia dalam plastik, dia ambil purse dia dalam beg, dia keluarkan bank card dia, dia masukkan card dia dalam mesin bayar tu..dia tekan sendiri pin number dia, lepas tu tarik balik card and masukkan dlm purse. pastu dia ambil barang and resit, angkat beg, blah. semua laju je.

korang xrasa amaze ke? dahla dia student warwick memandangkan ada uni card tergantung kat leher dia. dengan keadaan dia yang macam tu, dia masih boleh buat kerja2 harian dengan efficient dan konfiden, tanpa mintak belas kasihan dengan orang. tertunduk2 dia nak buat semua tu. dan yang paling hebat, dia adalah seorang student uni.

boleh bayang tak apa yang dia perlu lalui untuk sampai ke tahap uni ini? aku rasa nikmat yang aku dapat sangat senang; yang aku tak sedar pun itu nikmat sebenarnya. nikmat belajar di universiti, nikmat dapat angkat, pegang barang, nikmat duit masuk free2 je, semua lah. dia perlu berusaha untuk mengecap nikmat itu tapi aku? heh tak pernah appreciate langsung.

dengan segala nikmat yang aku ada ini pun, aku masih bersenang lenang dan bermalas malasan. patutnya tuhan dah kasi kita kesenangan seperti yang perempuan tadi tidak dapat, kita perlulah bersusah susah sikit untuk hal yang lain. macam untuk result yang lebih baik dan untuk improve lagi diri kita.

aku pampered sangat diri aku. aku cuba untuk berubah. insyaallah..