Friday, 11 June 2010

kiriman

si polan : najah, bila ko balik malaysia.

najah : 29th june. nape?

si polan : belikanlah aku buah tangan ke souvenir ke eh?

semua orang pon macam tu. kalau kau tak baik sangat dengan aku tak payah lah nak mengirim macam2. ada nak jersi lah, perfume lah, baju universiti lah. orang yang baik2 ngan aku pun tak kirim2 barang. sebelum ni tak bertegur sapa. dah2 nak balik ni ramai pula yang beramah mesra.

ingat satu kapal terbang tu bawak barang aku je ke?

Wednesday, 9 June 2010

taste orang lain-lain

tentu kita ada kriteria yang kita suka pada seseorang. baik fizikal atau sifatnya. kriteria ni yang membuatkan kita tertarik pada dia. taste orang lain2. sepanjang saya berkawan ni, saya sempat observe beberapa kawan saya yang mepunyai taste masing2. (bukan nama sebenar)

farah hazwani : sukakan lelaki yang comel2.

ainol : sukakan lelaki yang pandai bertukang, pandai main drum.

juek : suka lelaki cool, x banyak cakap.

farahani : suka lelaki pakai spek.

liyana : suka lelaki yang gelap, dan lelaki yang lelaki, if u know what i mean.

maji : suka lelaki yang naik superbike.

simaa : sukakan lelaki yang matanya mengantuk, bibir yang mcm ala2 joker sket. dan berbulu belakang (yang ini kurang pasti)

mior : suka perempuan chubby2, putih2.

belle : suka lelaki yang pandai tangkap gambar. heh.

anah : suka lelaki tinggi dan gelap.

tapi yang jadi pasangan kita tak semestinya yang ada kriteria ni kan. kadang2 gila deviate. iye lah, kita sukakan seseorang tu bukan dari satu aspek sahaja kan. banyak benda yang boleh buat kita sukakan dia. tengok dia kasi kucing makan pon kita boleh jadi suka.

oh yang seorang ni best,

anis : tak nak lelaki yang kita kena explain lawak yang kita buat.

dan saya pulak? saya suka lelaki kerempeng. heh

p/s : nampaknya lelaki yang gelap ramai orang suka.

Saturday, 5 June 2010

summer


salam. saya baru habis satu paper semalam. math for scientist. alhamdulillah boleh jawab. nak tahu tak, saya tak tahu sebelum saya exam tu bahawa dalam exam math tu tak boleh guna kalkulator. masa duduk nak jawab soalan tu baru tahu kalkulator tak boleh digunakan. hampeh betol. nasib baik tak de kesulitan yang kronik sebab sebelum ni saya langsung tiada latihan menjawab soalan tanpa kalukulator. nasib baik juga otak saya yang dah lama tidak mencongak congak ni masih boleh berfungsi dengan baik. heh.

semalam jawab exam, panas gila dowh. sekarang dah nak masuk summer dah. kalau summer ni memang siang panjang ah.




gambar tu pulu 5.00 pagi tu woo.. dah ada cahaya matahari nampak? pukul 4.00 tu dah cerah dah. subuh pulak pukul 3.oo pagi.


ha ni pukul 9.00 malam. serius cam 6.00 petang. best jugak siang panjang ni. boleh keluar main petang2 lama2. kalau dulu masa kecik2 pukul 7.00 dah kena balik. kalau summer ada kat malaysia memamg heaven ah zaman sekolah rendah dulu.

tapi siang panjang ni pun ada masalahnya. disebabkan subuh masuk pukul 3.00 pagi, kau akan didatangi dilemma hendak tidur pada pukul selepas 3.00 pagi atau tidur awal dan bangun pada pukul 3.oo pagi. kerana kalau kau tidur pukul 1.00 pagi kemungkinan untuk tidak bangun subuh yang awal itu adalah sangat sangat besar.

ataupun kalau jenis insan yang study malam atau yang bajet siang enjoy2 malam baru nak study pasti kau juga ada masalah. ye lah, lepas2 sembahyang maghrib dah pukul 10.00. dah mengantuk dah. makan2 dinner pastu sembahyang isyak dah 11.00 lebih. agak lewat kan. bukak2 internet jap last2 tidur ah. tak study jugak.

ha tulah summer. apart from free show mat2 minah2 salleh yang memakai bikini dan lepak2 tapi bukan di pantai tapi di luar tingkap saya sahaja. maybe saya patut ambil gambar situasi itu juga. heheh.

25 hari lagi nak balik malaysia...wohooo!
ha

Saturday, 29 May 2010

pose


bayangkan yang melakukan aksi2 dia atas adalah artis melayu. atau rakan2 lelaki anda yang mengupload di dalam album facebook.

Friday, 28 May 2010

peribahasa

jumpa ini dalam handphone lama saya

Peribahasa : Seperti anjing jantan dengan anjing betina
Maknanya : Dua orang yang pantang bertemu. asyik nak beromen je.

Peribahasa : Sepandai pandai lalat terbang akhirnya jatuh ke taik juga dia.
Maknanya : Orang kalau dah perokok tu, akhirnya gerenti start balik punya.

Peribahasa : Sepandai pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke Olimpik jua
Maknanya : Jangan macam bagus, selalunya macam bagus tu tak selalunya bagus

Peribahasa : Biar putih tulang, jangan putih muka.
Maknanya : Kalau surat beranak dah letak orang melayu, jangan eksen nak jadi mat salleh pulak.

Peribahasa : Kalau tidak ada angin masakan satu LRT berbau busuk.
Maknanya : Ada orang kentut lah tu.

Peribahasa : Ada udang di sebalik udang lain.
Maknanya : Jangan sangka yang duduk sorang dekat tempat sunyi tu sorang. check betul2. mesti ada sorang lagi dekat bawah ke, kat tengah ke.

Peribahasa : Biar mati anak, jangan mati pucuk.
Maknanya : Kalau dah mati pucuk macamana nak dapat anak?

*waktu simpan message menarik2 lawa2 lawak2.*



Wednesday, 26 May 2010

i believe i can fly


i believe i can touch the sky *i believe..i believe*

Monday, 24 May 2010

is time travel possible?

best kan kalau kita dapat pergi waktu kegemilangan kota melaka dan rasa sendiri bahasa melayu jadi lingua franca. kalau kita dapat jumpa nenek moyang kita dan berkenalan. atau mungkin pergi ke depan dan lihat dengan siapa kita kahwin dan apakah kesan pemanasan global terlalu kronik?

tapi tu semua fiksyen.mana boleh nak time travel.masa tu kan emas. tak emas lah kalau boleh time travel. tapi cuba tengok ni.



maaflah agak boring sikit muka dia ni. tapi mesej tu yang penting. teori fizik tiada yang bercanggah dengan kemungkinan time travel berlaku. ok tengok yang ni plak kalau korang larat.yang ni dijamin kurang boring pada yang sebelumnya.



dalam video ni, dia mengetengahkan idea wormhole. dalam fizik, special relativity mengatakan space yang 3 dimensi dan time yang 1 dimensi digabungkan menjadi space-time fabric dan bumi serta semua planet berada diatas fabric itu seperti trampolin dan ini yang sebenarnya bertindak sebagai graviti.huhu.mesti pening kan.

apa yang saya nak cakap ialah space-time fabric ni ibarat kertas yang dia lipat dalam video tadi. kalau betul ia boleh dilipat begitu, jadi kita boleh pergi ke sesuatu tempat dan masa dalam waktu yang singkat. shortcut gitu. cool kan? tapi saya masih samar2 macamana caranya nak jadikan space-time fabric tu berlipat. hoho

sebenarnya, ada banyak lagi cara yang diuar2kan untuk time travel ini. yang saya pernah belajar ialah jika kita bergerak terlalu laju iaitu hampir atau melebihi halaju cahaya, kita dapat membuat masa bergerak perlahan atau dalam kati lain kita boleh sampai semula di tempat itu sebelum masa kita mula2 bertolak. percaya tak saya belajar ni dalam lecture? cool dowh. tapi mustahil untuk kita bergerak melebihi halaju cahaya kerana cahaya adalah benda paling laju.

atau teori blackhole dan macam2 lagi. sangat teruja apabila fiksyen dan fizik digabungkan. adakah time travel satu kemungkinan? apakah kesannya kalau ia betul2 terjadi? sekarang pun ada research yanag dibiayai untuk menghasilkan alat merentasi masa.ada videonya di youtube tapi malaslah nak bubuh. lama sangat, tertidur kalau korang tengok.

dengan terhasilnya post ini maka sahlah saya ini seorang science freak. sekian.